Sikap Positif Pemangkin Kejayaan | FACULTY OF AGRICULTURE
» ARTICLE » Sikap Positif Pemangkin Kejayaan

Sikap Positif Pemangkin Kejayaan

TEMA: MOTIVASI

Disediakan oleh, Fahezah Nor Mohamed

SIKAP POSITIF PEMANGKIN KEJAYAAN

Seseorang yang ingin meningkatkan diri dan inginkan pencapaian yang cemerlang dalam hidup sewajarnaya menanamkan sikap positif dalam diri. Sikap ini adalah satu keadaan dalam fikiran yang mempengaruhi  kecenderungan seseorang itu bertindak untuk mendapatkan sesuatu yang dihasratkan. Ciri orang yang cemerlang dan positif untuk berjaya adalah yang berupaya menanagani cabaran. Hal ini bermaksud semakin besar cabaran, maka dirinya semakin kuat untuk berdepan cabaran tersebut.

Orang yang positif juga akan mempunyai peribadi yang unggul dan mereka sentiasa tenang apabila berdepan dengan pelbagai masalah. Selain itu, orang yang positif juga akan mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. manakala orang yang sering berputus asa lazimnya gagal mendepani sebarang masalah dan gagal dalam perancangan hidup. Selain itu juga, orang yang positif akan memanfaatkan sepenuhnya peluang keemasan yang ada. Sesuatu peluang yang terbuka itu akan dimanfaatkan untuk terus maju dengan matlamat yang besar dan visi yang jitu. Orang yang positif turut mempunyai keyakinan dan keberanian untuk mencapai matlamatnya seperti kata pepatah Melayu “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Pepatah ini jelas menunjukkan sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha dan kesungguhan untuk berusaha ini ada dalam diri orang yang positif.

Apabila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya, orang yang positif akan menumpukan perhatian yang boleh dilakukan dan dicapai dengan menggunakan segala kelebihan yang ada pada dirinya. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri dan kehidupannya serta memandang bahawa kegagalan bukanlah pengakhir sebuah kehidupan sebaliknya memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam mencapai kejayaan.


Oleh sebab itulah, kebanyakan orang yang positif akan terus berusaha bangkit semula dan berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar berbanding sebelum mereka mengalami kejatuhan dalam kehidupan.

            Kesimpulannya, sikap positif sememangnya diakui dapat menjadi pemangkin kejayaan seseorang apatah lagi jika sikap ini dapat dijelmakan dalam pengurusan organisasi dan kehidupan bermasyarakat. Justeru, sikap positif akan mendorong semangat kerja berpasukan yang lebih baik dan sudah pasti ianya akan melahirkan lebih ramai individu, pekerja mahupun masyarakat yang bersikap positif untuk mencapai sesuatu kejayaan yang diinginkan.

(Sumber: Disesuaikan daripada buku  “Membangunkan Gergasi dalam Diri Anda, 7 sikap Cemerlang Orang yang Positif”)

Date of Input: 26/09/2018 | Updated: 26/09/2018 | amirahhani

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8947 4801
+603-8940 8319
C1540341123