Wacana Umpan: Mengurus Perikanan Rekreasi - Contohi Negara Maju? | FACULTY OF AGRICULTURE
» ARTICLE » Wacana Umpan: Mengurus Perikanan Rekreasi - Contohi Negara Maju?

Wacana Umpan: Mengurus Perikanan Rekreasi - Contohi Negara Maju?

Oleh: Dr. Izharuddin Shah Kamaruddin

 

Seringkali kita terdengar; ‘mengurus perikanan rekreasi’ adalah dengan melepaskan ikan ke dalam sungai atau tasik, yang kemudiannya boleh dipancing oleh pemancing.

Ya! Memang betul. Melepaskan ikan adalah salah satu strategi adlam mengurus perikanan rekreasi. Akan tetapi, melepaskan ikan bukanlah segala-galanya.

Ada banyak lagi elemen lain yang perlu diambil kira dalam mengurus perikanan rekreasi.

Jika kita lihat dari sudut yang lebih meluas, perikanan rekreasi sebenarnya terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu komponen biologi (ikan dan habitat), komponen ekonomi pemancing (nilai Rm), dan komponen sosiologi pemancing (kajian manusia).

Di negara maju, mereka telah lama mengurus perikanan rekreasi, dengan mangambil kira ketiga-tiga komponen ini. Matlamat utama adalah supaya pemancing dapat mencapai ‘kepuasan memancing’ dan akan terus keluar memancing.

Pertama, bagi komponen ‘biologi’,jabatan yang mengurus (contohnya:  U.S. Fish and Wildlife Service di Amerika Syarikat) perlu mangambil kira status sumber perikanan dan habitat ikan.

Mereka melakukan pelepasan ikan secara berjadual, membuat inventori ikan (pemantauan ikan) bagi mengganggar jumlah ikan, selain membaiki kawasan tebing sungai atau tasik serta menanam semula tumbuhan akuatik sebagai habitat ikan.

Kedua, bagi komponen ‘ekonomi pemancing’, mereka menilai jumlah wang yang ‘telah’ dibelanjakan oleh pemancing.

Ini bagi mendapatkan nilai ekonomi pemancing dimasa adapan. Lesen memancing juga boleh dikategorikan dibawah komponen ini.

Ketiga, bagi komponen ‘sosiologi pemancing’, mereka di negara maju sangat mengambil berat tentang ‘kepuasan memancing’.

Mereka ingin mengetahui sama ada pemancing berpuasa hati atau tidak semasa memancing. Mereka mandapatkan data ‘kepuasan memancing’ melalui soalan kaji selidik.

Pemancing akan berkerjasama dengan memberikan maklumat latar belakang, pengalaman memancing, kepada keluar memancing, spesies yang mereka mahukan, serta maklumat lain yang berkaitan dengan aktiviti memancing.

Maklumat dari ketiga-tiga komponen ini (biologi, ekonomi dan sosiologi) akan diambil kira dalam mambuat keputusan bagi mengurus perikanan rekreasi.

Mereka akan meneliti setiap komponen serta kombinasi bagi ketiga-tiga komponen tersebut. Sebarang keputusan akan menjurus kearah matlamat utama, iaitu ‘kepuasan memancing’.

Sebagai contoh, melalui kaji selidik pemancing, pengurus perikanan dapat mengeahui kenapa pemancing keluar memancing dan apakah spesies kegemaran mereka?

Maklumat ini dapat membantu pengurus dalam menentukan sepsis paling sesuai untuk dilepaskan di sungai atau tasik, serta fasiliti dan kemudahan yang terbaik yang boleh disediakan bagi memenuhi kehendak pemancing.

Pengurus juga dapat memberi nilai RM yang ‘telah’ dan ‘sanggup’ dibayar oleh pemancing.

Sudah tentu, jumlah RM yang dizahirkan akan membuktikan betapa pentingnya aktiviti memancing kepada masyarakat dan negara.

Dalam situasi sekarang, dengan pelbagai cabaran seperti ancaman pencemaran, kemusnahan habitat, sikap tamak manusia, dan lain-lain lagi, negara perlu mengurus perikanan rekreasi dengna sebaik-baikna, sebelum semuanya terlambat.

Langkah terbaik adalah dengan mencontohi negara maju dalam mengurus perikanan rekreasi mereka.

Ini boleh dilakukan dengan mengambil kira ketiga-tiga komponen yang dibincangkan (biologi, ekonomi, dan sosiologi).

Ini boleh dilaksanakan sama ada secara terus (copy and paste) ataupun secara modifikasi mengikut kesesuaian di negara kita.

Kerjasama pemancing (pembaca) dalam membantu jabtan yang mengurus (Jabatan Perikanan Malaysia) sudah pasti dapat melancarkan pelaksanaan mengurus perikanan rekreasi di Malaysia, setandaing dengan negara maju lain di dunia.

Date of Input: 12/09/2018 | Updated: 12/09/2018 | amirahhani

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8947 4801
+603-8940 8319
C1540343090