Aplikasi ‘MyKebun” UPM Raih Naib Johan CHIPTA 2023 | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Aplikasi ‘MyKebun” UPM raih naib johan CHIPTA 2023

Aplikasi ‘MyKebun” UPM raih naib johan CHIPTA 2023

Aplikasi ‘MyKebun” UPM raih naib johan CHIPTA 2023
 
PUTRAJAYA, 9 Nov- Pasukan Perahu Kertas Universiti Putra Malaysia (UPM) dinobatkan sebagai naib johan bagi Anugerah Challenge in Innovation and Problem-Solving through Technology Advancement (CHIPTA) 2023 menerusi ciptaan aplikasi ‘MyKebun’ yang dapat membantu golongan tani dalam pengurusan perosak dan penyakit tanaman.
 
 
Ketua kumpulan, pensyarah Fakulti Pertanian UPM, Dr. Jasmin Arif Shah berkata aplikasi ‘My Kebun’ mendapat inspirasi daripada kekerapan masalah yang dihadapi oleh petani berkaitan masalah perosak tumbuhan dengan tanaman mereka.
“Anugerah yang diterima sempena Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) ini adalah sebuah platform kepada pelajar untuk mencipta penyelesaian inovatif yang dapat membantu golongan petani menggunakan teknologi terkini, terutamanya dalam pembangunan aplikasi mudah alih dan pemanfaatan data terbuka.
 
 
"Saya turut bersama pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) iaitu Lukman Hakim Ilias, Muhammad Norman Samsudin, Muhammad Aiman Irfan Shahrel, dan Amirul Najib Mohd Solong dalam pembangunan aplikasi ini,.
“Penyertaan para pelajar dari fakulti lain memaparkan kesungguhan dan kreativiti pelajar bergabung tenaga sebagai sebuah pasukan dalam menyumbang kepada kemajuan teknologi dan penyelesaian masalah pertanian di Malaysia,” katanya.
Majlis AIPSA telah dilakukan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Oktober lalu dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
 

Tarikh Input: 28/11/2023 | Kemaskini: 28/11/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBLAc~