Audit Dalaman QMS Fakulti Pertanian | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Audit Dalaman QMS Fakulti Pertanian

Audit Dalaman QMS Fakulti Pertanian

Serdang, 23 Jun 2023 - Fakulti Pertanian telah berjaya menjalani Audit Dalaman Sistem Pengurusan Qualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2023 bermula 21 hingga 23 Jun 2023 yang lalu.
 
Majlis pembukaan audit dalaman telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Fakulti Pertanian yang telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohd Aris Fadzilah selaku Timbalan Pendaftar Kanan Fakulti Pertanian.
Puan Zaidina Binti Mohd Daud dari Fakulti Sains telah dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Juruaudit di Fakulti Pertanian kali ini yang turut dibantu oleh En. Allan Lajot selaku Penasihat Audit, En. Saiful Anuar A. Rahman selaku Timbalan Penyelaras Audit dan 30 orang juruaudit dalam kalangan pegawai fakulti.
 
Proses audit berlangsung dengan baik selama 3 hari dengan mencatatkan keputusan yang memberangsangkan di samping dapatan komen membina. Majlis penutupan pada 23 Jun 2023 telah dilangsungkan di Dewan Pertanian bagi membentang dan membincangkan keputusan kepada warga fakulti.
Puan Zaidina telah mengulas dan merumuskan hasil audit secara keseluruhan sebagai aspek penilaian dan penambahbaikan yang wajar diambilkira oleh warga fakulti. Prof. Madya Dr. Yuzine Esa selaku Timbalan Dekan Pembangunan, Jaringan Industri dan Masyarakat (PJINM) yang mewakili Dekan turut merakamkan penghargaan atas segala usahasama warga fakulti dalam menjayakan sesi audit kali ini. Beliau turut berterima kasih kepada Ketua Juruaudit, Puan Zaidina atas komitmen selama 3 hari yang telah diberikan.
 
Warga fakulti mengambil maklum keputusan audit yang telah dicatatkan dan melihat sisi kritis secara positif sebagai ruang improvasi bagi menatijah kemampanan kualiti pengurusan fakulti secara amnya.

Tarikh Input: 04/07/2023 | Kemaskini: 04/07/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBMAa~