Berganding Bahu Memperkasakan Amalan Kelestarian Dalam Pertanian | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Berganding Bahu Memperkasakan Amalan Kelestarian dalam Pertanian

Berganding Bahu Memperkasakan Amalan Kelestarian dalam Pertanian

BANDAR SUNWAY Bengkel 'ASEAN Workshop on Sustainable Development' telah diadakan pada 21-22 Julai 2023 di Sunway University, Bandar Sunway, Subang Jaya. Bengkel ini merupakan anjuran Sustainable Development Solutions Network (SDSN) cawangan Asia, Jeffrey Cheah Foundation (JCF) dan Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI).
 
Wakil-wakil daripada Persatuan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Laos, dan Vietnam telah dijemput bagi berkongsi ilmu melalui bidang kepakaran masing-masing bagi menyokong amalan kelestarian selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan; Sustainable Development Goal (SDG).
Bengkel tersebut bertujuan sebagai platform utama untuk mengintegrasi elemen kelestarian hijau merentas disiplin melalui kepakaran dalam bidang pertanian, pengurusan sumber alam, biodiversiti, pendidikan dan teknologi digital kepada para peserta. Hasil output dari projek-projek penyelidikan telah dirumuskan untuk disampaikan dengan bahasa yang mudah agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum.
Wakil dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Arina Shairah Abdul Sukor dari Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian telah dijemput untuk turut serta dalam perkongsian ilmu tentang amalan kelestarian dalam aspek pengurusan kesuburan tanah dan bagaimana koordinasi data di rantau Asia Tenggara dapat diselaraskan bagi membuat keputusan jangka pendek dan jangka panjang.
 
Proses membuat keputusan memerlukan asas ilmu dari pelbagai aspek merentas disiplin. Menurut pengucaptama sewaktu sesi plenari, Tan Sri Dato' Seri Dr. Jeffrey Cheah yang merupakan pengasas Sunway Group, “Pendidikan adalah penting untuk menjamin nasib generasi pewaris agar lebih maju dan berdaya saing selaras dengan SDG no.4, iaitu Pendidikan Berkualiti yang inklusif untuk semua lapisan masyarakat tanpa sebarang bentuk diskriminasi".
Menurut salah seorang peserta bengkel tersebut, Puan Zulaikha dari Gamuda Sustainability, “Bengkel ini telah meningkatkan kesedaran saya tentang potensi peluang yang ada dalam bidang kelestarian pengurusan tanah agar saya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang seterusnya.”
 
Justeru itu, UPM telah menduduki tangga ke-2 di rantau Asia Tenggara selama 13 tahun berturut-turut dalam carta 'UI-GreenMetric World University Ranking Top 50 Sustainable Universities' perlu memantapkan Inisiatif Kelestarian UPM yang menjadi garis panduan Seksyen Kelestarian dan Kampus Hijau agar dapat meningkatkan kualiti penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran di kampus UPM.
 
Ditulis oleh,
Arina Shairah Abdul Sukor
Jabatan Pengurusan Tanah,
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 23/08/2023 | Kemaskini: 23/08/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBGAi~