Biasiswa Soh Kim Mee | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Biasiswa Soh Kim Mee

Biasiswa Soh Kim Mee

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Alumni UPM (ACUPM) telah diberi kepercayaan untuk menguruskan Biasiswa Soh Kim Mee bermula sesi 2016/2017. Biasiswa Soh Kim Mee adalah merupakan sumbangan daripada alumni tersohor, Dato' Soh Poh Sheng alumni UPM Kelas 1976. Beliau telah bersetuju menyumbang dana sebanyak RM1 juta dalam bentuk biasiswa di bawah nama Biasiswa Soh Kim Mee bersempena dengan nama mendiang ayah beliau dalam usaha membantu menaja pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak. Biasiswa Soh Kim Mee akan menaja satu (1) pelajar Bacelor dan satu (1) pelajar Diploma Jurusan Sains Pertanian pada setiap tahun. Diantara kriteria pemilihan, calon pelajar hendaklah dalam kalangan pelajar miskin dengan GPA/CGPA diantara 2.0 hingga 2.99.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke Pusat Alumni UPM - Cik Nurul Aqilah Ghazali di talian +603-87471017 atau emel ke nurul_aqilah@upm.edu.my

 

 

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 22/08/2017 | hma

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEXOAb~