Ekspo Pendidikan Mempamerkan 28 Universiti Malaysia | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Ekspo Pendidikan mempamerkan 28 universiti Malaysia

Ekspo Pendidikan mempamerkan 28 universiti Malaysia

Brunei, Bandar Sri Begawan – Fakulti Pertanian dengan kerjasama Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik (UPM) dan Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan (UPMKB) telah menyertai program Yes2Malaysia Education Expo 2024 bagi mempromosi program pengajian peringkat pra-siswazah dan siswazah Universiti Putra Malaysia bertempat di Bandar Sri Begawan, Brunei pada 2-3 Februari 2024 di Hotel Mulia, Brunei yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam - TYT Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah.
 
 
Ekspo tersebut merupakan platform penting untuk mengukuhkan ikatan pendidikan antara Brunei dan Malaysia dengan penyertaan 28 universiti terkemuka Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia disamping menyediakan platform setempat untuk pelajar meneroka peluang akademik yang pelbagai dan berhubung dengan institusi pendidikan terkemuka.
 
Pengunjung turut berkesempatan berinteraksi dengan pegawai dari UPM dengan pertanyaan mengenai biasiswa, program pertukaran pelajar dan faedah keseluruhan belajar di UPM. Fakulti Pertanian turut mempromosi dan menawarkan kepada pengunjung expo program-program akademik daripada Fakulti Pertanian.
 

Tarikh Input: 05/02/2024 | Kemaskini: 05/02/2024 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBJAi~