Ekuiti Pekerjaan: Membina Bakat Berdaya Tahan Dalam Pasca Pandemik | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Ekuiti Pekerjaan: Membina Bakat Berdaya tahan dalam Pasca Pandemik

Ekuiti Pekerjaan: Membina Bakat Berdaya tahan dalam Pasca Pandemik

SEPANG, 15 Nov - Naib Canselor UPM, Dato' Professor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah mempengerusikan forum bertajuk Ekuiti Pekerjaan: Membina Bakat Berdaya tahan dalam Pasca Pandemik pada Forum Pendidikan Tinggi Global 2020 (GHEF2023) di Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA, hari ini.
 
 
 
Dalam pada itu, beliau turut bersama-sama Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin yang berkunjung di rerurai UPM bagi melihat hasil produk komersial dan penyelidikan universiti ini.
GHEF2023 yang bermula hari ini sehingga 17 November 2023 melibatkan hampir 1,000 perwakilan daripada 17 negara dalam membincangkan jurang digital, pekerjaan dan pembangunan bakat, serta kemajuan dasar sosio ekonomi dan pendidikan tinggi.
Forum ini memberi fokus kepada usaha memajukan dan memelihara kesaksamaan dalam sektror pendidikan tinggi, terutamanya dalam era pasca pandemik COVID-19. -UPM
 

Tarikh Input: 27/12/2023 | Kemaskini: 27/12/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBPAT~