Fakulti Pertanian Johan Pertandingan Kuiz Seni Budaya & Warisan (SEBUDI I) 2023 | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Fakulti Pertanian johan pertandingan Kuiz Seni Budaya & Warisan (SEBUDI I) 2023

Fakulti Pertanian johan pertandingan Kuiz Seni Budaya & Warisan (SEBUDI I) 2023

Fakulti Pertanian johan pertandingan Kuiz Seni Budaya & Warisan (SEBUDI I) 2023

SERDANG, 9 Mac - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM (PKKSSAAS) telah menganjurkan Pertandingan Kuiz Seni Budaya dan Warisan (SEBUDI I) pada 21 dan 22 Februari 2023 bertempat di Panggung Percubaan, UPM.

Program ini adalah berbentuk pertandingan dan ianya merupakan satu inisiatif terhadap pemerkasaan pengetahuan dan meningkatkan kefahaman serta memberikan pendedahan bersandarkan pendekatan budaya nilai tinggi yang ditunjangi tiga (3) elemen utama iaitu tatasusila, tatacara dan tahap keintelektualan serta amalan nilai-nilai murni menerusi SEBUDI kepada warga UPM amnya.

Peserta diberikan soalan yang berkaitan seni budaya dan warisan di Malaysia seperti makanan tradisional, bangunan dan tempat bersejarah, pakaian tradisional, adat resam masyarakat setempat, persembahan kebudayaan dan lain-lain berkaitan.

 

Kumpulan yang mewakili Fakulti Pertanian adalah Cik Fahezah Nor Mohamed, Encik Nik Zaini Bin Peei dan Puan Zauyah Yusof yang telah bersaing selama dua hari. Di peringkat akhir pertandingan kuiz dijalankan melibatkan 6 kumpulan terbaik dengan pusingan spontan betul salah.

Fakulti Pertanian Berjaya dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai RM700.00, Piala dan sijil penyertaan.

Tarikh Input: 04/09/2023 | Kemaskini: 04/09/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBTAU~