Fakulti Pertanian Johan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Peringkat UPM 2023 | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Fakulti Pertanian johan sayembara deklamasi puisi merdeka peringkat UPM 2023

Fakulti Pertanian johan sayembara deklamasi puisi merdeka peringkat UPM 2023

SERDANG, 24 Ogos - Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM telah menganjurkan program Semarak Merdeka 2023 UPM bersempena sambutan hari Kemerdekaan tahun 2023 yang bertemakan “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.

Program yang kali kedua dianjurkan ini melibatkan penyertaan dalam kalangan staf antara PTJ di UPM dengan menyaksikan beberapa acara yang telah dipertandingkan. Antaranya pertandingan Koir Merdeka Inter-PTJ, pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka Inter-PTJ, pertandingan Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ dan pertandingan Fotografi Merdeka Inter-PTJ.

Encik Nik Zaini Bin Peei dari pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Fakulti Pertanian telah dinobatkan sebagai Juara yang telah menewaskan 30 orang peserta yang bertanding sekaligus membawa pulang wang tunai RM300.00, Piala dan Sijil Penghargaan.

“Latihan hampir 3 minggu diperlukan untuk menghafal dan menjiwai sajak yang berjudul Milik Siapakah Tanah Ini karya Mohd Ghazali Taib agar lantunan yang disampaikan benar-benar mencapai maksud dan menyentuh hati pendegar”, katanya.

Selain dari itu, Fakulti Pertanian turut mendapat tempat ke-3 bagi pertandingan Fotografi Merdeka yang diketuai oleh En. Mohd Iqbal Azmi dari pejabat Pentadbiran dengan mempertaruhkan gambar yang berjudul ‘Setiba Di Persimpangan’ yang berlatar belakangkan ladang 16, UPM.

Penyertaan kali ini juga melibatkan kumpulan Koir Fakulti dengan dendangan lagu ‘Gemuruh Jiwa’ yang dipopularkan oleh Faizal Tahir dan sekadar penyertaan sahaja bersaing di antara 20 PTJ.

Timbalan Pendaftar Kanan, Tuan Haji Aris Fadzilah berkata, semoga dengan penyertaan kali ini, semua staf dapat mendalami dan menghayati erti kemerdekaan sebenar dan menjadikan platfrom pembelajaran kendiri serta dapat meningkatkan nilai kemahiran insaniah.

Tarikh Input: 04/09/2023 | Kemaskini: 04/09/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBVA3~