Fakulti Pertanian, UPM Anjur Persidangan Antarabangsa Yang Mengfokuskan Kepada Pertanian Persis | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Fakulti Pertanian, UPM anjur persidangan antarabangsa yang mengfokuskan kepada Pertanian Persis

Fakulti Pertanian, UPM anjur persidangan antarabangsa yang mengfokuskan kepada Pertanian Persis

 
PUTRAJAYA, 27 OKT- Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (FP, UPM) telah menganjurkan persidangan 10th Asian-Australasian Conference on Precision Agriculture (ACPA10) yang memberi fokus kepada pertanian persis, Internet Kebendaan (IoT), Kecerdasan Buatan (AI), Dron, Remote Sensing, Data Raya, dan Robotik, Mekanisasi dan Pengembangan Pertanian.
 
 
 
 
Persidangan ini dianjurkan untuk menyediakan platform kepada penyelidik, industri, dan sarjana dari seluruh dunia untuk berkerjasama dalam merancakkan industri pertanian, meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran, dan meningkatkan kelestarian industri pertanian.
Pengarah persidangan ini, Prof. Madya Dr. Siva Kumar Balasundram berkata, bertepatan dengan tema persidangan ACPA10 iaitu “Advancing Precision Agriculture for Enhanced Resource Sustainability”, penggunaan teknologi pertanian persis pintar dijangka mampu meminimumkan isu berkaitan aspek sekuriti makanan.
 
“Selain itu penggunaan teknologi pertanian persis pintar akan memberikan impak pengeluaran makanan lebih besar, meningkatkan pendapatan petani sekaligus membantu ekonomi negara, penggunaan sumber dan input pertanian yang lebih cekap seperti air, tenaga, benih serta baja," katanya.
 
 
Persidangan ACPA10 ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPM YBhg. Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Persidangan ACPA10 in telah dihadiri oleh delegasi dan penyelidik daripada pelbagai negara selain daripada Malaysia seperti United State, Jerman, Jepun, Korea, China, Indonesia, Taiwan, Singapura, India, Uganda, dan Algeria.

Tarikh Input: 28/11/2023 | Kemaskini: 28/11/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBKAd~