Jerayawara Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Jerayawara Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa

Jerayawara Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa

Serdang, 15 September 2023 - Sesi Jerayawara Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) ke Fakulti Pertanian telah berlangsung dengan jayanya pada Jumaat, 15 September 2023 yang lalu.

 

Program tersebut telah dijadualkan pada jam 3.00 petang, dengan ketibaan YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail bersama pegawai iringan yang disambut oleh pihak pengurusan tertinggi fakulti, warga akademik, para pegawai serta warga fakulti yang lain.

 

Pembentangan berlangsung disusuli sesi soal jawab merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan dan komplikasi semasa bagi memperincikan isu dan merencana solusi efektif serta holistik.

 

Majlis bersurai sekitar jam 5.10 petang, diakhiri dengan ucapan penutup oleh YBhg. Dekan Fakulti Pertanian, Prof. Dr. Loh Teck Chwen, yang disusuli dengan pemberian cenderahati dan sesi bergambar beramai-ramai.

Seluruh warga fakulti merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail berkunjung ke fakulti.

Album Gambar Sesi Jerayawara

Tarikh Input: 18/09/2023 | Kemaskini: 18/09/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBOAm~