SERDANG, 2 Mei – Fakulti Pertanian bakal menjalin kerjasama dengan Global Bridge Education bagi skop akademik terutama untuk promosi program siswazah bagi meningkatkan calon pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian pasca siswazah di Fakulti Pertanian. Pertukaran surat hasrat telah diadakan pada 2 Mei 2024 yang dihadiri oleh Dekan Fakulti Pertanian, Prof. Dr. Loh Tech Chwen manakala wakil dari Global Bridge Education dihadiri oleh Cik Vivian Chwa dan Encik Alan Ng.
Antara kerjasama lain yang bakal diterajui bersama adalah dari segi penganjuran program Pembangunan akademik bersama, pertukaran kepakaran dan perkongsian fasiliti melibatkan program sangkutan serta lawatan dalam skop pengajaran dan pembelajaran yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Menerusi kerjasama ini pastinya terus memperkasakan keterlihatan universiti di peringkat antarabangsa.
Tarikh Input: 08/05/2024 | Kemaskini: 08/05/2024 | wazien
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA