KUNJUNGAN PELAWAT DARI UNIVERSITAS GADJAH MADA, INDONESIA | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » KUNJUNGAN PELAWAT DARI UNIVERSITAS GADJAH MADA, INDONESIA

KUNJUNGAN PELAWAT DARI UNIVERSITAS GADJAH MADA, INDONESIA

Fakulti Pertanian telah menerima kunjungan pelawat dari Universitas Gadjah Mada,
Indonesia pada 12 Julai 2023 bertempat di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti
Putra Malaysia. Delegasi yang hadir ialah Prof. Dr. Ir. Irrham, Dr. Hani Perwitasari, Prof. Dr.
Jamhari, Dr. Jangkung Handoyo Mulyo serta 35 orang pelajar dari Department of
Agricultural Socio Economics, Faculty of Agriculture.


Sesi kunjungan ini bertujuan mendapatkan perkongsian berkaitan pengajaran dan
pembelajaran dari Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber serta fasiliti yang ada di
Fakulti Pertanian. Selain itu, sesi ini turut menjadi medium perkongsian aktiviti yang akan
dianjurkan oleh Fakulti Pertanian yang boleh disertai oleh pelajar dan ahli akademik dari
Universitas Gadjah Mada.


Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Loh Teck Chwen, Dekan
Fakulti Pertanian. Hadir sama dari pihak Fakulti Pertanian, Prof. Madya Dr. Juwaidah
Sharifuddin, Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr.
Nitty Hirawaty Kamarulzaman, Ketua Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber,
Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai akademik dari jabatan sebagai wakil.

 



Oleh:
Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan & Antarabangsa)
Fakulti Pertanian
12 Julai 2023

Tarikh Input: 21/07/2023 | Kemaskini: 21/07/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBVAe~