KUNJUNGAN PELAWAT DARI UNIVERSITAS ISLAM MALANG (UNISMA), INDONESIA | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » KUNJUNGAN PELAWAT DARI UNIVERSITAS ISLAM MALANG (UNISMA), INDONESIA

KUNJUNGAN PELAWAT DARI UNIVERSITAS ISLAM MALANG (UNISMA), INDONESIA

Fakulti Pertanian telah menerima kunjungan pelawat dari Universitas Islam Malang (UNISMA), Indonesia pada 10 Julai 2023 bertempat di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Seramai 21 orang delegasi telah hadir yang diketuai oleh YBhg. Prof. Drs. H. Junaidi, Vice Rector for Academic and Cooperation Affairs, Faculty Member in Master of English Education Study Program dan Prof. H.M.. Mas’ud Said, Director of Postgraduate Program, Faculty Member of Master of Administrative Science Study Program.

Sesi kunjungan ini bertujuan membincangkan kerjasama yang boleh dijalinkan dengan pihak fakulti terutama melibatkan skop siswazah serta kerjasama dua hala yang lain yang bersesuaian. Sesi kunjungan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Loh. Tech Chwen, Dekan Fakulti Pertanian dan hadir sama Ketua-Ketua Jabatan/wakil dari jabatan bagi memberikan input sewaktu sesi perbincangan.



Oleh:
Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan & Antarabangsa)
Fakulti Pertanian
7 Julai 2023

Tarikh Input: 21/07/2023 | Kemaskini: 21/07/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBSAC~