Kursus Pertanian Dalam Madani Komuniti | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Kursus Pertanian dalam Madani Komuniti

Kursus Pertanian dalam Madani Komuniti

SERDANG, 12 Jun - Seramai 118 pelajar Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengendalikan program Kursus Pertanian dalam Madani Komuniti di Fakulti Pertanian UPM, baru-baru ini.
 
Dalam program ini, seramai 96 orang peserta dari sekitar Lembah Klang dan Pahang didedahkan dengan ilmu orkid sebagai pendapatan sampingan, pembuatan produk berasaskan hasil kebun, pembelajaran Excell untuk perniagaantani dan pengeluaran tanaman hortikultur.
 
Ketua program, Pensyarah Kanan, Fakulti Pertanian, Dr. Juju Nakasha Jaafar berkata, program ini telah memberi cabaran dan pendedahan kepada pelajar yang terlibat untuk mempertingkatkan kemahiran insaniah dalam mempraktikkan pemindahan ilmu pertanian yang telah dipelajari kepada komuniti.

Tarikh Input: 15/06/2023 | Kemaskini: 15/06/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBIAS~