Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan Dan Sosial Staf Fakulti Pertanian | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan dan Sosial Staf Fakulti Pertanian

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kebajikan dan Sosial Staf Fakulti Pertanian

Serdang, 16 Mac 2023 – Kelab Kebajikan dan Sosial Staf Fakulti Pertanian (KKSSFP) telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan buat julung kali pertama di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian. Majlis disempurna dan dirasmikan oleh Timbalan Dekan (PJINM) Fakulti Pertanian, YBhg. Prof. Madya Dr. Yuzine Esa mewakili Dekan Fakulti Pertanian.
 
 
Program Perasmian dan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama ini disertai oleh seramai lebih daripada 75 orang ahli kelab KKSSFP dan dimulai dengan ucapan pembukaan/perasmian, tayangan montaj, perasmian logo dan bunting kelab, penyerahan Moc Kad keahlian KKSSFP, penyerahan sumbangan hadiah persaraan, hadiah perkahwinan serta sumbangan kepada ahli/staf Fakulti yang ditimpa musibah.
 
 
Acara diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama yang dipengerusikan oleh En. Ahmad Afeeq Bin Roslan, Pengerusi Kelab KKSSFP dengan agenda pengenalan tentang kelab, pelantikan jawatankuasa KKSSFP, Laporan Kewangan oleh Bendahari dan Laporan Aktiviti Kelab oleh Setiausaha/Ketua Biro serta lantikan Juruaudit.
 
 
 
 

Tarikh Input: 31/03/2023 | Kemaskini: 31/03/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBJAf~