Mohd Salleh Aplikasi Kepakaran Bidang Serangga Selepas Bersara | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Mohd Salleh Aplikasi Kepakaran Bidang Serangga Selepas Bersara

Mohd Salleh Aplikasi Kepakaran Bidang Serangga Selepas Bersara

SERDANG, 20 Julai - Berkhidmat di Universiti Putra Malaysia (UPM) selama 41 tahun telah banyak mengajar Penolong Pegawai Sains Kanan, Fakulti Pertanian, Mohd Salleh Osman, 60 untuk mengenali dan mempelajari bidang serangga dengan bantuan daripada rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini.
 
Memori ini akan tersimpan indah dalam kenangan sepanjang berkhidmat kerana pengalaman yang diperoleh di Fakulti Pertanian UPM tidak akan diperoleh di mana-mana tempat kerana ilmu ini sungguh bermakna buat dirinya untuk mengenali sifat serangga.
Beliau yang telah berkhidmat di UPM bersama-sama pakar Entomologi daripada Jabatan Perlindungan Tumbuhan Fakulti Pertanian UPM ditugaskan untuk mengurus muzium yang terdiri daripada pelbagai jenis serangga yang dikelaskan secara taksonomi di dalam Order, Famili, Genus dan Spesies. Antaranya adalah serangga daripada Order Orthoptera (belalang), Celeoptera (kumbang), Lepidoptera (rama-rama), Isoptera (anai-anai) dan Hymenoptera (semut).
"Pengalaman bekerja di muzium ini telah mengajar saya untuk mengenali serangga dan menambah ilmu bahawa tidak semua jenis serangga merosakkan tanaman. Malah serangga tersebut sebenarnya sangat penting kepada ekosistem tumbuh-tumbuhan tanpa kita semua sedari.
"Saya juga mempelajari berkaitan kumbang kelapa sawit Afrika atau nama saintifiknya Elaeidobius kamerunicus yang terpaksa diimport dari Cameroon dan diperkenalkan dalam sektor perladangan tempatan bermula pada tahun 1981. Penemuaan serangga merupakan kelebihan dalam bidang sawit kerana peranannya dalam proses pendebungaan pokok kelapa sawit yang sebelum ini terpaksa dilakukan sendiri oleh tenaga kerja manusia," katanya.
Beliau merupakan antara staf yang menerima Anugerah Perkhidmatan Melebihi 40 tahun sempena Majlis Gemilang Putra 2023 yang diadakan di Dewan Besar, UPM baru-baru ini.
"Bidang serangga ini sangat berkait rapat dengan rumput-rumput yang ditanam oleh anak saya kerana saya tahu baja apa yang bersesuaiaan dengan rumput tersebut. Alhamdulillah UPM banyak bantu sepanjang kerjaya saya dan meneruskan minat dalam bidang serangga walaupun sudah bersara," katanya.- UPM

Tarikh Input: 23/08/2023 | Kemaskini: 23/08/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBGAP~