Mudrun 2023 | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Mudrun 2023

Mudrun 2023

Serdang, 27 Mei 2023 - Fakulti Pertanian dengan Kerjasama Kelab Kebajikan dan Sosial Staf Fakulti Pertanian (KKSSFP) telah menganjurkan program larian ‘Mud Run 2023’ bertempat di Kawasan Children & Sensory Garden, Ladang 15 dan 16 UPM. Mudrun 2023 secara rasminya disertai oleh seramai 222 orang peserta yang terdiri daripada Pelajar UPM dan juga orang awam sekitar Lembah Klang serta Semenanjung Malaysia. Tepat jam 7:50 pagi, para peserta telah dilepaskan oleh Dekan, Fakulti Pertanian UPM, YBhg. Prof. Dr. Loh Teck Chwen dan wakil Penaja Utama, YBrs. Puan Carol Chan, Pengurus Besar (GM) dari Syarikat Malayan Flour Mills Berhad. Acara Larian ‘Mud Run 2023’ dengan jarak larian 6 KM(+) dan 9 halangan utama merupakan aktiviti yang julung kali diadakan di Fakulti Pertanian UPM yang bertujuan untuk memperkenalkan kawasan hijau sekitar kampus UPM selain dari membudayakan gaya hidup sihat.
 
 
Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang utama kategori lelaki dan wanita telah disempurnakan oleh Dekan, Fakulti Pertanian, YBhg. Prof. Dr. Loh Teck Chwen dan wakil Penaja Utama, YBrs. En. Alan Yau, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dari Syarikat Malayan Flour Mills Berhad. Pemenang kategori lelaki dan wanita tempat pertama hingga ketiga masing-masing membawa pulang Medal, Hamper, produk pertanian serta wang tunai. Di majlis penutup juga, 50 hadiah cabutan bertuah berupa barangan sukan dan produk pertanian telah diberikan kepada peserta yang terpilih. Dekan Fakulti Pertanian UPM , YBhg. Prof. Dr. Loh Teck Chwen memaklumkan program ‘Mud Run 2023’ merupakan satu amalan aktiviti sihat disamping ia dapat memperkenalkan orang luar dengan keindahan ladang UPM. Selain daripada acara larian, jualan produk pertanian segar dari ladang juga dijual kepada peserta dan pengunjung yang hadir.
 
 
Program ‘Mud Run 2023’ telah mendapat penajaan dari Syarikat Malayan Flour Mills Berhad (Penaja Utama), QL Resources Berhad, Amco Niaga Sdn Bhd, Diversatech Fertilizer Sdn Bhd, Care Cool Enterprise, Persatuan Perlindungan Tumbuhan Malaysia, C.P Group Malaysia, Satiri Sdn Bhd serta pelbagai syarikat lain dan orang-perseorangan.
 

Tarikh Input: 16/06/2023 | Kemaskini: 16/06/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBRAg~