Fakulti Pertanian, 22 Julai 2023 - Tahniah di atas Pengiktirafan Gelaran Ahli Kimia Berdaftar (ChM.) oleh IKM.
Fakulti Pertanian merakamkan sekalung tahniah kepada ChM. Ku Mohamed Asyraf bin Ku Ahmad, Penolong Pegawai Sains dari Jabatan Pengurusan Tanah, di atas penerimaan gelaran Ahli Kimia Berdaftar (ChM.) (No. Keahlian: L/3458/10324/23) oleh Institut Kimia Malaysia pada 22 Julai 2023.
Pengiktirafan gelaran Ahli Kimia Berdaftar ini merupakan yang pertama yang diberikan kepada Pegawai Pelaksana (Bukan Akademik) di Fakulti Pertanian.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pencetus motivasi dan inspirasi kepada seluruh warga Fakulti Pertanian. Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya.
Date of Input: 08/08/2023 |
Updated: 08/08/2023 | wazien
MEDIA SHARING