Program Collaborative Science Project (CSP) | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Program "Collaborative Science Project" (CSP)

Program "Collaborative Science Project" (CSP)

18 Februari 2025 (Selasa) I Ladang 10, Fakulti Pertanian, UPM
 
 
Seramai 272 pelajar Tahun Satu Program Diploma International Baccalaureate (IB) dari Kolej MARA Banting, Selangor dengan diiringi 12 guru pengiring telah melaksanakan Program "Collaborative Science Project" (CSP) iaitu sesi pembelajaran eksperimen lapangan projek sains dengan kerjasama agensi luar, bertempat di Ladang 10 dan Ladang 15, Fakulti Pertanian. Program kerjasama ini adalah kali kedua selepas diadakan pada tahun lalu.
 
Dalam sesi yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini, para pelajar berpeluang merasai sendiri pengalaman menjalankan projek sains di kawasan ladang yang terbuka dengan pelbagai sumber bahan pertanian dan semula jadi yang menyeronokkan.
 
 
Sesi pembentangan kumpulan diadakan pada sebelah petang di Dewan Pertanian dan program berakhir dengan ucapan penutup oleh wakil Pejabat Ladang dan Kolej MARA Banting.
Semoga para pelajar beroleh manfaat yang optimum dalam menuju kejayaan dan kerjasama antara Kolej MARA Banting dan UPM terus diperkukuh dalam usaha mendidik generasi pemimpin pada masa akan datang.

Date of Input: 24/02/2025 | Updated: 24/02/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S, (07:18:38pm-07:23:38pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]