PROJEK KERJASAMA PENGKOMERSIALAN TANAMAN ULAM RAJA ANTARA FAKULTI PERTANIAN DAN SYARIKAT ASTERA FOOD SDN. BHD. | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » PROJEK KERJASAMA PENGKOMERSIALAN TANAMAN ULAM RAJA ANTARA FAKULTI PERTANIAN DAN SYARIKAT ASTERA FOOD SDN. BHD.

PROJEK KERJASAMA PENGKOMERSIALAN TANAMAN ULAM RAJA ANTARA FAKULTI PERTANIAN DAN SYARIKAT ASTERA FOOD SDN. BHD.

Fakulti Pertanian telah menjalankan kerjasama dengan syarikat Astera Food Sdn. Bhd. dalam pengkomersialan tanaman Ulam Raja (Cosmos caudatus) mulai 18 April 2023. Sebanyak 2,350 pokok Ulam Raja telah ditanam di Ladang 10, Fakulti Pertanian pada 31 Mei 2023 dan tuaian pertama telah dilaksanakan pada 1 Ogos 2023 dengan hasil sebanyak 92.9 kilogram. Tuaian seterusnya akan dibuat dua kali lagi dengan sasaran keseluruhan berjumlah 200 kilogram.
 
 
Proses penuaian disertai oleh wakil syarikat, staf Ladang 10, beberapa orang pelajar Internship Universiti Putra Malaysia dan seorang pelawat dari Jepun.
 
Hasil tuaian tumbuhan herba yang dikenali dengan pelbagai khasiat kesihatan ini akan digunakan dalam penghasilan produk seperti serbuk, teh, aiskrim dan kek. Kerjasama ini diharap dapat memberikan faedah yang baik kepada kedua-dua belah pihak.
 

Tarikh Input: 07/08/2023 | Kemaskini: 07/08/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBTAl~