Rumpai Tidak Dikawal Sekat Pertumbuhan Padi | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Rumpai Tidak Dikawal Sekat Pertumbuhan Padi

Rumpai Tidak Dikawal Sekat Pertumbuhan Padi

SERDANG, 6 Okt- Rumpai tidak dikawal sekat pertumbuhan padi semasa awal pertumbuhan pokok padi.
Pakar rumpai, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi berkata, apabila rumpai tidak dikawal akan menyebabkan hasil padi kurang.
 
 
"Namun begitu, penggunaan racun rumpai yang berlebihan akan merosakkan kualiti persekitaran. Ia juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia.
"Rumpai merupakan masalah utama yang memerlukan kawalan secara secara rapi. Namun begitu, kawalan rumpai tanpa kimia di sawah perlu dilaksanakan secara berkala," katanya.
Sekarang ini, negara digemparkan dengan isu kekurangan bekalan beras tempatan (BPT) di pasaran terus berlarutan meskipun pengeluaran beras tersebut dikatakan antara 60 sehingga ke 65 peratus setahun
Tambah beliau, dalam sistem penanaman padi, aktiviti kawalan rumpai adalah satu aktiviti pertanian yang sangat penting dan tidak
boleh dielakkan.
 
"Rumpai tumbuh dan bersaing dengan pokok padi untuk mendapat nutrien, cahaya, air dan ruang. Selain menimbulkan masalah persaingan, rumpai juga menjadi perumah kepada serangga perosak, tikus dan patogen penyakit.
"Banyak laporan menyatakan bahawa persaingan rumpai dengan padi akan menjejaskan hasil padi serta merugikan pulangan ekonomi kepada pesawah.
"Masalah ini juga dapat menambah kos pengurusan dan kawalan rumpai kerana pesawah perlu mengeluarkan kos yang lebih untuk aktiviti semburan racun rumpai, " ujarnya pada majlis Syarahan Inaugural Sustainable Weed Management Enhance Food Security in Malaysia.
 
Beliau turut berpesan kepada mereka yang terlibat dalam industri pertanian terutama padi agar sentiasa mengawal rumpai sepanjang musim penanaman termasuk peringkat selepas penuaiaan.
 

 

Tarikh Input: 23/10/2023 | Kemaskini: 23/10/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBNAc~