Sambutan Bulan Kesedaran Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2023 | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Sambutan Bulan Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2023

Sambutan Bulan Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2023

Serdang.  12 September 2023 - Fakulti Pertanian telah membuka tirai Sambutan Bulan Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi tahun 2023 dengan aktiviti Taklimat Penyakit Pekerjaan, Promosi Kesihatan dan Taklimat Kesukarelawan yang telah berlangsung seawal jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian.

Warga fakulti merangkumi staf dan pensyarah telah beramai-ramai mendafarkan diri bagi menyertai aktiviti yang telah dijadualkan secara langsung memberikan impak positif terhadap kempen keselamatan dan kesihatan yang dihebahkan.

Terima kasih diucapkan kepada rakan kerjasama daripada pihak Pusat Kesihatan Universiti UPM dan Kelab PERWIRA Malaysia atas kesudian berkolaborasi.

Semoga warga fakulti terus mengikuti dan menyertai pelbagai aktiviti menarik sambutan Bulan KKKP 2023 untuk manfaat bersama.

https://www.youtube.com/shorts/03HAEti8UcM?feature=share

Tarikh Input: 12/09/2023 | Kemaskini: 12/09/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBGAJ~