Pada sesi pemindahan ilmu kali ini merupakan siri terakhir modul kebun komuniti di Pasir Gudang. Pakar Fakulti Pertanian yang menyumbangkan kepakaran adalah Dr. Jasmin Arif Shah bagi topik keusahawanan belia dan, Dr. Juju Nakasha Jaafar bagi topik pengurusan kebun komuniti. Pemindahan ilmu telah dilaksanakan kepada lebih 30 orang komuniti dari kebun komuniti Pasir Gudang selaras dengan moto UPM Berilmu Berbakti.
Projek ini bertujuan membudayakan amalan pertanian bandar, meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pemindahan ilmu melalui pakar UPM dan penjanaan ekonomi & pendapatan sampingan komuniti.
Semoga program ini memberi manfaat dan membantu komuniti membangunkan diri dan keluarga melalui khidmat kepakaran UPM dengan slogan Dari Gedung Ilmu Ke Lapangan.
Date of Input: 23/08/2023 |
Updated: 23/08/2023 | wazien
MEDIA SHARING