UPM KEKAL KEDUDUKAN KEDUA UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA DALAM QS ASIA UNIVERSITY RANKINGS 2024 | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » UPM KEKAL KEDUDUKAN KEDUA UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA DALAM QS ASIA UNIVERSITY RANKINGS 2024

UPM KEKAL KEDUDUKAN KEDUA UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA DALAM QS ASIA UNIVERSITY RANKINGS 2024

UPM KEKAL KEDUDUKAN KEDUA UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA DALAM QS ASIA UNIVERSITY RANKINGS 2024
 
Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuhkan pencapaiannya dalam QS Asia University Rankings 2024 apabila berjaya meningkatkan lagi kedudukannya di ranking ke-25 universiti terbaik Asia bagi tahun ini berbanding ranking ke-27 pada tahun lalu. Ranking itu meletakkan UPM sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia.
 
Berbanding QS World University Rankings 2024 yang mempunyai perubahan indikator penilaian yang berbeza dengan tahun lepas, penilaian QS Asia University Rankings 2024 masih mengekalkan 11 indikator penilaian yang sama seperti tahun lepas iaitu Academic Reputation (30%), Employer Reputation (20%), Faculty Student Ratio (10%), Citations per Paper (10%), International Research Network (10%), Papers per Faculty (5%), Staff with PhD (5%), International Student Ratio (2.5%), International Faculty Ratio(2.5%), Inbound Exchange Student Ratio (2.5%) dan Outbound Exchange Student Ratio (2.5%).

Tarikh Input: 27/12/2023 | Kemaskini: 27/12/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFBKAv~