Latarbelakang | FAKULTI PERTANIAN
» JABATAN » Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber » Latarbelakang

Latarbelakang

Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat (JPSM) ditubuhkan di Fakulti Pertanian pada tahun 1999. Pada awalnya JPSM adalah dibawah Fakulti Ekonomi dan Pemasaran. Jabatan ini menumpukan aktiviti pengajian kepada peningkatan pengeluaran dengan memfokus aktiviti pertanian ke arah kecekapan pengeluaran dan pemasaran yang berorientasi komersial melalui promosi teknik pengeluaran, amalan sistem perladangan yang cekap dan pengkomersilan aktitiviti pertanian. Di samping itu, keperluan kepada integrasi sistem maklumat yang tersusun dan lengkap yang menjadi semakin kritikal kepada pembangunan, daya saing dan produktiviti sektor pertanian terutama dalam arah aliran globalisasi juga diberi tumpuan. Maklumat lengkap dan data seperti pengeluaran, harga, import, eksport dan stok diperlukan bagi tujuan membina angka tunjuk, membuat analisa, menggubal dasar, membuat perancangan dan keputusan. Matlamat jabatan ini ialah untuk menjadi pusat kecemerlangan memperkembangkan ilmu perniagaantani yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran keluaran pertanian melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan dan khidmat profesional.

 


Kemaskini:: 01/04/2013 [hma]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXDdTAu~