Latarbelakang | FAKULTI PERTANIAN
» JABATAN » Jabatan Teknologi Pertanian » Latarbelakang

Latarbelakang

Jabatan Teknologi Pertanian (JTP) memberi tumpuan kepada kepelbagaian, pengembangan dan integrasi input sains dan teknologi untuk mengarah sektor pengeluaran pertanian moden, berkomersil dan mampan. Pendekatan ke arah matlamat ini adalah melalui konsep pertanian bersepadu berteknologi tinggi yang mengoptimumkan penggunaan sumber dan memaksimumkan kualiti hasil  melalui mekanisasi dan automasi di semua peringkat pengeluaran pertanian. 

Kakitangan di dalam jabatan ini mempunyai disiplin yang pelbagai dalam bidang teknologi pertanian. Antara bidang yang menjadi fokus jabatan adalah pertanian persis, bioteknologi pertanian dan pengembangan pertanian. 

Matlamat Jabatan Teknologi Pertanian adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan memperkembangkan ilmu pertanian moden melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan dan khidmat profesional bagi melahirkan graduan teknologis yang berpengetahuan dan kompeten untuk mengendalikan teknologi pertanian pintar yang lestari.

Kemaskini:: 15/02/2022

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXETMAU~