Latarbelakang | FAKULTI PERTANIAN
» JABATAN » Jabatan Akuakultur » Latarbelakang

Latarbelakang

Jabatan Akuakultur ditubuhkan pada September 2007 dan kini ditempatkan di Fakulti Pertanian, UPM. Bidang akuakultur kini merupakan bidang yang berkembang pesat di seluruh dunia lantaran permintaan yang meningkat terhadap produk akuakultur sebagai sumber protein. Bidang akuakultur merupakan komponen yang penting dalam industri pertanian kini. Tujuan utama penubuhan jabatan ini adalah untuk menghasilkan graduan yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang sains dan teknologi dan memastikan graduan-graduan ini mampu menguruskan projek akuakultur demi meningkatkan pembangunan bidang akuakultur negara ini.

Kakitangan di dalam jabatan ini mempunyai disiplin yang pelbagai dalam bidang akuakultur yang merangkumi pengajaran, penyelidikan dan khidmat pengembangan. Antara bidang yang menjadi fokus jabatan adalah Teknologi Akuakultur, Teknologi Pemakanan Ikan, Teknologi Pembiakan, Genetik dan Pembiakbakaan, Kesihatan Ikan, Bioteknologi Akuakultur, Pasca Tuai dan Teknologi Produk Akuakultur.

Objektif Jabatan Akuakultur adalah; 1) memantapkan pendidikan dan kecemerlangan pendidikan dalam akuakultur, 2) menghasilkan profesional dalam bidang akuakultur, 3) menyumbang kearah pembangunan bidang akuakultur di Malaysia melalui penyelidikan graduan dan pendidikan.

�

 

 

Kemaskini:: 24/08/2017

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXDcUAX~