Local Agenda 21 | FACULTY OF AGRICULTURE
» LINKAGES » Local Agenda 21

Local Agenda 21

Local Agenda 21 (LA 21) merupakan salah satu program yang diputuskan dalam sidang kemuncak United Nations Commissions on Environmnet And Development(UNCED) pada tahun 1992, atau juga dikenali sebagai Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil. Persidangan ini telah memberi kesedaran antarabangsa bahawa pentingnya penekanan terhadap isu pembangunan dan persekitaran di samping meletakkan pembangunan lestari sebagai agenda yang utama. Hasil terpenting persidangan ini ialah dokumen Agenda 21 yang menjadi penggerak kepada usaha pembangunan lestari yang lebih serius dengan kerjasama 179 negara yang secara rasmi menandatanganinya dan hampir 12,000 pihak berkuasa tempatan menyatakan komitmen untuk menerapkan pembangunan lestari dalam strategi pembangunan peringkat nasional. Justeru itu, pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab berkerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain iaitu komuniti setempat, pihak swasta, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk menjayakan agenda global ini.

 

Sehubungan dengan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan United Nations Development Program (UNDP) memulakan pelaksanaan Program LA21 menerusi Program Perintis LA21 pada bulan Mac 2000. Program LA21 yang memberi tumpuan kepada kerjasama ataupun partnership antara

masyarakat, sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan. Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu. Melalui kerjasama ini, pihak berkuasa tempatan bersama-sama dengan masyarakat dapat membuat pelan yang sesuai untuk memastikan kepentingan bersama dapat dipelihara selaras dengan pembangunan mampan. 

 

Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas.  Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing. Sebagai contoh, penduduk tempatan terlibat scara langsung mengenai perbincangan, bengkel atau aktiviti berkaitan dengan isu-isu tempatan.

 

Pada tahun 2014, Universiti Putra Malaysia melalui Fakulti Pertanian (Unit Jaringan Industri dan Masyarakat) telah dilantik sebagai rakan kongsi LA21. Fakulti Pertanian telah dipertanggungjawabkan untuk memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar (knowledge transfer) kepada masyarakat setempat dalam menjayakan pembangunan yang mampan yang bertunjangkan pemulihan sumber, kelestarian alam sekitar dan kesaksamaan sosial. Pembangunan mampan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kesedaran hidup semua lapisan masyarakat melalui kerjasama, menggalakkan penyertaan aktif masyarakat tempatan untuk berbincang dan menyumbangkan idea secara muafakat

Updated:: 05/10/2018 [amirtaufiq]

MEDIA SHARING

C1544385147