Code Of Practise For Programme Accreditation [COPPA] | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Code of Practise for Programme Accreditation [COPPA]

Code of Practise for Programme Accreditation [COPPA]

Code of Practise for Programme Accreditation [COPPA] - hma@upm.edu.my - Universiti Putra Malaysia Mail

Sukacita dimaklumkan bahawa audit Code of Practise for Programme Accreditation [COPPA] bagi Program Bachelor Sains Pertanian yang telah diadakan pada17hb Ogos 2017 (Khamis) telah LULUS dengan memperolehi markah 91% (Markah lulus adalah 70%).
 
2.   Sehubungan itu, pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Fakulti Pertanian yang telah bersama-sama dan membantu dalam persiapan serta menjayakan audit COPPA 2017 sama ada secara langsung ataupun tidak.
 
 
3.   Berikut merupakan ulasan Audit Program Bacelor Sains Pertanian yang boleh dikongsikan:- 
 
Kekuatan Keseluruhan Berdasarkan Audit Program Bacelor Sains Pertanian:-
 
(a)   Sebagai Program yang telah lama ditawarkan, semenjak Sesi 1973/74, Program Bacelor Sains Pertanian adalah mematuhi dan menepati keperluan yang disarankan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan UPM serta memenuhi keperluan negara berdasarkan perkembangan semasa dalam sektor pertanian negara. 
 
(b)   Program ini dirangka selaras dengan Pelan Halatuju UPM dan Negara yang boleh menyumbang kepada sumber manusia di dalam Sains dan Teknologi bagi kemajuan Negara. Pengalaman pembelajaran di dalam kuliah, dalam makmal serta di lapangan oleh pelajar mampu melahirkan graduan yang berpengetahuan dalam aspek teori dan praktikal serta berdaya saing melalui pembelajaran sepanjang hayat dan pendekatan kemahiran berfikir dalam menerajui bidang pertanian. Program juga bermatlamat untuk graduan mampu membangun dan menguruskan aktiviti pertanian secara lestari, dapat memulihara alam sekitar serta boleh mengaplikasi pengetahuan sains pertanian untuk mengendalikan penyelidikan serta pengajian lanjutan. 
 
(c)   Kurikulum Program adalah berdasarkan Outcome Based Education (OBE) yang merangkumi Matlamat Program dan setiap kursus mempunyai hasil pembelajaran (LOs) dan komponen kemahiran insaniah (KI). 
 
(d)   Pelaksanaan Latihan Industri pada semester akhir memberikan kelebihan kepada pelajar dan majikan di industri untuk melaksanakan latihan secara lebih berkesan kerana pelajar yang mana lebih bersedia dan mempunyai pengetahuan lengkap serta boleh terus diserapkan dalam sektor pekerjaan swasta atau kerajaan. 
 
(e)   Budaya kerja positif dan saling bekerjasama di antara Jabatan di Fakulti adalah sangat baik dan boleh dijadikan model yang mana pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang pertanian bagi Program Bacelor Sains Pertanian direalisasikan melalui pelaksanaan Projek Tahun Akhir yang mana pelajar diberikan kebebasan memilih bidang asas pertanian yang mereka minati dan penyelia yang bersesuaian.  
 
 
4.  Akhir kata, semoga Fakulti Pertanian terus cemerlang dalam mendukung citra pendidikan negara. 
 
Sekian.
 
Ikhlas daripada,
Unit Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Fakulti Pertanian

 

Date of Input: 22/08/2017 | Updated: 22/08/2017 | hma

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEULAB~