Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman MoU Di Antara UPM-MFM-AGCO Dan Pelancaran Reban Ayam Tertutup | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman MoU di Antara UPM-MFM-AGCO dan Pelancaran Reban Ayam Tertutup

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman MoU di Antara UPM-MFM-AGCO dan Pelancaran Reban Ayam Tertutup

 

Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia telah menandatangani ‘Memorandum of Understanding’ (MoU) dengan Malayan Flour Mills Berhad dan AGCO GSI (Malaysia) Sdn. Bhd. (AGCO) pada 5 Disember 2019 di Astana Putra UPM. MoU ini adalah tambahan rakan MoU dari MoU sedia ada antara UPM dan MFM yang ditandatangani pada 13 Ogos 2018.

 
 

Melalui MoU ini, Malayan Flour Mills bersetuju untuk membiaya sistem rumah tertutup untuk ayam broiler kepada Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian. Kos pembinaan sistem rumah tertutup ini dianggarkan RM500,000.00 (RM setengah juta). Kerja asas rumah ayam yang tertutup kini sedang berjalan dan akan selesai menjelang akhir tahun ini. Selain itu, Malayan Flour Mills Berhad telah menaja biasiswa kepada 3 pelajar dari Bacelor Sains Haiwan melanjutkan pengajian mereka di Arkansas University selama setahun untuk Poultry Science Certificate. Di samping itu, ladang ayam MFM merupakan ladang tumpuan kepada pelajar untuk menjalankan latihanan industri setiap tahun.
Lanjutan dari kerjasama ini, sebuah reban ayam tertutup UPM-MFM-AGCO telah disumbangkan. Reban ayam tertutup bersaiz 62 x 12 m dan telah dilengkapi dengan peralatan yang canggih, termasuk juga sangkar 3 tingkat. Secara keseluhannya, reban ini dapat menampung 7500 ekor ayam pedaging.

 
 

MFM adalah perintis dalam industri pengilangan tepung di Malaysia. Selain pengilang tepung, MFM juga menjalankan industri ternakan ayam di bawah Dindings Poultry Integration yang mana operasi utamanya adalah integrasi ternakan menggabungkan teknologi moden dalam infrastruktur, makmal mikrobiologi dan bio-keselamatan. Ini termasuk pemantauan pengurusan kesihatan untuk menghasilkan produk ayam yang berkualiti tinggi.

 
 
AGCO GSI (Malaysia) Sdn. Bhd. (AGCO) adalah syarikat pembinaan struktur dan pembuatan peralatan dalam rumah tertutup ayam yang ulung sejak 1972 di Malaysia, dengan operasi di Bukit Minyak, Pulau Pinang. AGCO juga telah mengembangkan bisnes mereka merata-rata tempat di dunia ini. Selain itu, AGCO juga terlibat dalam bisnes integrasi pembekal bagi segmen produksi bijirin dan protein.
 
 

Date of Input: 31/12/2019 | Updated: 31/12/2019 | amirahhani

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEUWA3~