Majlis Menandatangani MoU Di Antara UPM Dan FELDA | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Majlis menandatangani MoU di antara UPM dan FELDA

Majlis menandatangani MoU di antara UPM dan FELDA

Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (“MoU”) dalam usaha memperkuat, memupuk dan memperkembangkan kerjasama penyelidikan antara kedua-dua pihak atas asas kesaksamaan dan manfaat bersama.
 
Majlis menandatangani MoU yang telah diadakan di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, merangkumi usahasama khidmat nasihat, penyelidikan dan pemindahan ilmu dalam bidang sekuriti makanan dan perladangan; pembangunan komuniti peneroka, tadbir urus korporat serta bidang lain yang bersesuaian yang bakal dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
 
 
Bagi tujuan pelaksanaan usahasama ini, kedua-dua pihak akan memasuki suatu perjanjian yang memperincikan terma-terma komersil yang bakal dipersetujui kelak oleh kedua-dua pihak. Majlis menandatangani ini dihadiri oleh YB Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh, Pengerusi FELDA, Prof. Datin Paduka Setia Dato' Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Dato’ Dr. Othman Haji Omar Pengarah Besar FELDA, pegawai tertinggi kedua buah agensi dan para penyelidik yang terlibat dalam projek antara FELDA dan UPM ini.
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 28/06/2020 | Updated: 28/06/2020 | amirahhani

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEUQAQ~