Pelajar Fakulti Pertanian, UPM Mengekalkan Kecemerlangan Di Persada Antarabangsa | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Pelajar Fakulti Pertanian, UPM Mengekalkan Kecemerlangan Di Persada Antarabangsa

Pelajar Fakulti Pertanian, UPM Mengekalkan Kecemerlangan Di Persada Antarabangsa

                 Pontianak, Indonesia, 19 Ogos sehingga 2 September 2018 - Universiti Putra Malaysia telah menyertai Joint Summer Programme (JSP) siri kedua bertempat di Pontianak, Indonesia selepas kejayaan program tersebut yang telah berlangsung di Fakultas Ekonomi, Universitas Tanjungpura pada tahun lalu.  Program berdurasi 14 hari ini merupakan program outbound yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Fakultas Kejuruteraan Persekitaran, Universitas Tanjungpura dengan kerjasama dua lagi universiti iaitu Universitas Muhammadiyah Pontianak dan Politeknik Negeri Pontianak.  Ia melibatkan penyertaan daripada universiti-universiti luar yang terdiri daripada empat buah negara iaitu Kochi University, Japan, National Taitung University, Taiwan, Universiti Brunei Darussalam, Brunei, Universiti Putra Malaysia dan Univeristi Malaysia Sarawak. Sebanyak 52 penyertaan daripada kelima-lima buah negara dan pelajar Fakulti Pertanian merupakan bilangan yang terbesar dalam mengikuti program tersebut.
 

Gambar 1 : Para peserta dan barisan organisasi yang menjayakan Joint Summer Programme (JSP)

 

Terdapat pelbagai pertandingan di Mempawah Mangrove Park dan Singkawang Mangrove Park antaranya ialah explorace, foto terbaik, menulis artikel dan video pendek. Bagi pertandingan foto terbaik, dua tema telah diberi iaitu “Beauty of Mangrove” dan “Harmony with Mangrove”. Kemenangan telah berpihak kepada pelajar Fakulti Pertanian iaitu Nur Ainina Noor Asha dan Nur Anisyaqilah Abu yang telah memenuhi kriteria dan kreativiti yang diingini. Seterusnya, bagi pertandingan menulis artikel juga telah dimenangi oleh pelajar Fakulti Pertanian iaitu Nur Amerah binti Mohd Raffie. Artikel ini bertemakan  pemuliharaan bakau di Singkawang dan kandungan artikelnya termasuklah  sejarah penubuhan tapak pemuliharaan bakau, pemulihara konservasi, cabaran yang dihadapi dan jenis bakau yang tumbuh di kawasan pemuliharaan bakau di Singkawang. Artikel tersebut akan disiarkan di laman web mangrovekalbar.com. Sekali lagi pelajar Fakulti Pertanian  muncul juara dalam pertandingan membuat video berdurasi pendek berkonsepkan “Conservation of Mangrove”  yang diwakili oleh Nursyamira Syafira binti Madzin. Video yang telah dipertandingkan akan dimuatnaik ke saluran youtube Mangrovekalbarcom. Pertandingan explorace juga dimenangi oleh pelajar Fakulti Pertanian yang diwakili oleh Nurul Nabilah binti Ahmad.

 

Gambar 2 : Pelajar Fakulti Pertanian yang memenangi pertandingan explorace, foto terbaik, menulis artikel dan video pendek

 

Gambar 3 : Kumpulan yang memenangi pertandingan explorace

 

Universitas Muhammadiyah Pontianak, 31 Ogos 2018 - Program “Food Festival and Cultural Performance” telah diadakan di dewan Universitas Muhammadiyah Pontianak.  Sebanyak tujuh kumpulan yang terdiri daripada kumpulan Malaysia yang diwakilil oleh pelajar Fakulti Pertanian, Brunei, Taiwan, Jepun dan  Indonesia telah menyertai pertandingan memasak masakan dari negara masing-masing.  Bagi kategori pilihan juri, kumpulan Malaysia A yang diwakili oleh pelajar Fakulti Pertanian telah memperoleh tempat kedua dengan menu masakan Nasi Lemak dan Wadi Kepeng.  Seterusnya, bagi kategori pilihan orang ramai pula, tempat pertama disandang oleh pelajar Fakulti Pertanian yang diwakili oleh kumpulan Malaysia B dengan menu utama yang tak asing lagi di Malaysia iaitu Roti Jala. Tahniah diucapkan.

 

Gambar 4: Wajah kegembiraan pelajar Fakulti Pertanian yang memenangi pertandingan memasak

 
 
 

Date of Input: 04/10/2018 | Updated: 04/10/2018 | amirahhani

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXDTQAZ~