Visit From Little Caliph Kindergarden | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Visit from Little Caliph Kindergarden

Visit from Little Caliph Kindergarden

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia telah menerima pelawat seramai 170 orang dari Tadika Little Caliph pada 29 Ogos 2018. Lawatan tersebut yg terdiri dari 150 kanak-kanak berumur di antara 4 - 6 tahun dan juga guru pengiring seramai 20 orang.

Kehadiran mereka telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Sakimin bersama sembilan pelajar siswazah yang berperanan sebagai fasilitator. Satu aktiviti menarik yang telah diaturkan, Handy Craft telah diberikan kepada adik-adik kecil bertemakan Putra Merdeka di mana adik-adik ini dikehendaki untuk menghias lukisan yang telah dibekalkan dengan menggunakan biji benih pelbagai warna antaranya jagung, kacang merah, kacang hijau, beras, biji selasih dan kacang soya.

.

Sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru dan adik-adik yang hadir mereka telah diberikan anak benih tomato ceri sebagai simbolik bagi menghargai kehadiran mereka. Di akhir lawatan, adik-adik kecil ini telah di bawa menyaksikan aktiviti penanaman di Ladang 15 di samping memperkenalkan kepada mereka tanaman yang sediaada antaranya betik sekaki dan jagung manis.

Lawatan berakhir pada pukul 11.30 pagi dan adik-adik kecil bergerak meninggalkan Fakulti Pertanian bagi melawat fakulti lain.

 .
 
 .
 
           .
 
.
 
.        .

 

Date of Input: 26/09/2018 | Updated: 26/09/2018 | amirahhani

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXDTNAQ~