Langkah 1 | : | Pelajar yang berminat menyertai hendaklah mengisi Borang Pra - Pendaftaran [pautan] terlebih dahulu. Pra - Pendaftaran yang dilaksanakan tidak bermaksud pelajar wajib menyertai, ianya hanyalah pendaftaran bagi tujuan menyertai taklimat dan mendapat informasi terperinci sekiranya terdapat tawaran mobiliti diterima pada tahun semasa. |
Langkah 2 | : | Pelajar sebelum (14) hari bertolak perlu memohon temu janji bersama penyelaras bagi tujuan Taklimat sebelum bertolak. |
Langkah 3 | : | Sekiranya berkeperluan, pelajar akan diminta untuk menghadiri Sesi Temuduga yang akan dilaksanakan oleh Pejabat Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. |
Langkah 4 | : | Pelajar mestilah berbincang terlebih dahulu bersama ahli keluarga bagi mendapatkan persetujuan mereka, terutamanya jika pelajar memilih untuk menyertai Pertukaran Pelajar selama (1) semester. |
Langkah 5 | : | Pelajar adalah dikehendaki untuk menyediakan dokumen permohonan mengikut keperluan program [pautan], sama ada Pertukaran Pelajar selama (1) semester, Mobiliti Jangka Pendek, atau Latihan Industri. |
Langkah 6 | : | Pada masa yang sama, cenderamata fakulti akan disediakan kepada pelajar untuk dibawa bersama ke negara yang dituju. |
Langkah 7 | : | Pelajar perlu memastikan T-shirt rasmi Fakulti Pertanian telah disediakan untuk dibawa bersama ke destinasi. |
Langkah 8 | : | Pelajar adalah dikehendaki menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap [pautan] bagi mengelak berlakunya sebarang masalah semasa hendak berlepas. |
Langkah 9 | : | Pelajar wajib menjaga nama baik negara Malaysia dan Universiti Putra Malaysia di sepanjang masa berada di negara yang dikunjungi. |
Langkah 10 & 11 |
: | Pelajar hendaklah mematuhi peraturan di negara yang dikunjungi dan peraturan universiti di sepanjang masa berada di negara tersebut. Tindakan tegas akan diambil sekiranya pelajar didapati melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan. |
Langkah 12 | : | Setelah kembali ke tanah air, pelajar haruslah menyiapkan laporan akhir mengenai pembelajaran di universiti luar selama tempoh keberadaan di sana. |
Langkah 13 | : | Pelajar juga perlu menyiapkan sebuah video pendek berdurasi (2) minit sebagai laporan pembelajaran. |
Langkah 14 | : | Pelajar akan dihubungi oleh Pejabat Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bagi melaksanakan Sesi Perkongsian Pembelajaran bersama pelajar - pelajar lain yang turut ingin menyertai program mobiliti ini. |
Langkah 15 | : | Akhir sekali, pelajar adalah dikehendaki menyediakan sebuah artikel dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengenai pengalaman yang diraih sepanjang berlangsungnya program mobiliti ini. |
Langkah 16 | : | Proses pemindahan kredit hanya akan dilaksanakan setelah pelajar menyelesaikan tugasan ringkas langkah 12 sehingga 15 dan menghantar (2) dokumen penting iaitu Sijil Tamat Pengajian Mobiliti dan Transkrip |
___________________________________________________________________________________________________________________
Sila ikuti saluran rasmi Fakulti Pertanian bagi mendapatkan informasi terkini dari semasa ke semasa. | |||||||
Updated:: 08/11/2023 [hans]
Faculty of Agriculture
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA