Policy Management And Adminsitration | FACULTY OF AGRICULTURE
» SERVICES » Human Resource Reference » Policy Management and Adminsitration

Policy Management and Adminsitration

  [Muat Turun] Dokumen Berkenaan Amal Putra
PENGURUSAN DASAR DAN PENTADBIRAN
 
GOVERNAN
 
  • Memantau pelaksanaan pekeliling/surat arahan/dasar yang diterima pakai oleh Universiti.
  • Menguruskan mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti – kuasa meluluskan dasar baharu/pekeliling untuk diterima pakai di Universiti.
 
   
PEKELILING PERKHIDMATAN  
   
BILANGAN TAJUK
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2017 Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu 
  Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memperkemas dan menggabungkan peraturan serta syarat tuntutan Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu ke dalam satu Pekeliling Perkhidmatan supaya tuntutan bayaran balik pembaharuan lesen memandu dapat dilaksanakan dengan berkesan dan teratur serta memudahkan rujukan.
   
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017 Bantuan Khas Kewangan Tahun 2017 
  Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pesara Kerajaan.
   
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 Kemudahan Cuti Umrah 
   
  Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan berhubung dengan kemudahan cuti umrah yang merupakan cuti tanpa rekod untuk pegawai perkhidmatan awam yang beragama Islam bagi menunaikan ibadah umrah sekali sepanjang tempoh perkhidmatan
   
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2017 Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Di Agensi Kerajaan Persekutuan 
   
  Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan untuk menambahbaik Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di UPM.
   
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2017 Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
   
  Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan berhubung kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam.
   
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2017 Bayaran Khas Tahun 2017 
   
  Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bayaran Khas Tahun 2017 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
   
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2017 Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 
   
  Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk Hari Raya Aidilfitritahun 2018.
   
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017 Cuti Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 
   
  Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pelaksanaan Cuti Rehat Khas bagi menambah baik peruntukan sedia ada yang dinikmati oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah dan institusi pendidikan.
   
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2017 Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana 
   
  Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaan dasar kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan bagi pegawai Kumpulan Pelaksana untuk kali pertama dan kedua.
   
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017 Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung 
   
  Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan kebenaran pulang awal satu jam daripada masa bekerja biasa bagi pegawai wanita yang mengandung lima bulan dan ke atas serta dipanjangkan kepada suami yang merupakan pegawai UPM dan bekerja di lokasi yang berdekatan
   
 

Updated:: 21/08/2018 [amirahhani]

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8947 4801
+603-8940 8319
C1540341707