Master Pengurusan Perladangan | FAKULTI PERTANIAN
» AKADEMIK » Pasca-Siswazah » Master Pengurusan Perladangan

Master Pengurusan Perladangan

Master Pengurusan Perladangan merupakan Ijazah Sarjana Profesional. Program ini telah bermula pada Mei 1998 hasil kerjasama antara UPM (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan) dan ‘The Incorporated Society of Planters’ (ISP). Bakat gabungan kedua-dua organisasi memastikan kualiti yang tinggi program ini. Pelajar yang telah diterima masuk ke program ini termasuklah pengurus kanan perladangan, penyelidik, pensyarah, peguam dan akauntan. Program ini distrukturkan untuk pelajar yang telah berkerja. Ijazah yang diperolehi adalah melalui kerja kursus (berlainan dengan tesis penyelidikan).

Syarat kemasukan

Pemohon mesti mempunyai :

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.250 atau setaraf; atau,
  • Diploma Lanjutan Profesional dan Diploma dalam bidang yang berkaitan dari ‘Associated of the Incorporated Society of Planters’ (AISP) dan sekurang-kurangnya 8 tahun pengalaman di peringkat eksekutif dalam industri pengurusan perladangan

Struktur Program

Program ini terdiri daripada dua komponen utama, teknologi dan pengurusan. Komponen tersebut merangkumi kursus berikut:

Komponen

Kursus

Teknologi

Ekologi Tanaman dan Sistem Penanaman

Pengurusan Perosak Tanaman Perladangan

Tanah dan Pengurusan Tanah

Pemalaan dan Pengurusan Tanah

Penjenteraan Operasi Ladang

Prinsip dan Aplikasi Pertanian Persis

Aplikasi Agrobioteknologi

Integrasi Ternakan dalam Tanaman Perladangan

Pembangunan Pertanian Lestari

Pengurusan

Gelagat Organisasi

Perakaunan untuk Membuat Keputusan

Pengurusan Operasi

Pengurusan Sumber Manusia

Technology/Management

Projek

Pelajar perlu melengkapkan 40 jam jam kredit untuk kuliah dan 4 jam kredit untuk projek dalam 4 semester.

 

Yuran Pengajian

 

Pelajar Tempatan

Semester

Program Pengajian

Master Pengurusan Perladangan

Pertama

1,250.00

Kedua dan seterusnya

1,000.00

Bayaran tambahan per kredit

625.00

2 Tahun

29,250.00

3 Tahun

31,250.00

 

Pelajar Antarabangsa

Semester

Program Pengajian

Master Pengurusan Perladangan

Pertama

2,300.00

Kedua dan seterusnya

2,050.00

Bayaran tambahan per kredit

700.00

2 Tahun

36,450.00

3 Tahun

40,550.00

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hubungi Kami

Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi
Dekan
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
  
Email : dean.agri@upm.my
Tel: +603-9769 4802
Faks: +603-8940 8046

Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor
Penyelaras
Program Master Pengurusan Perladangan
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor, Malaysia

Tel: +603-9769 4844/4812
Fax: +603-8938 1014
Email: hafidzi@upm.edu.my

 

 

Kemaskini:: 18/03/2019 [amirahhani]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566613542