Latarbelakang | FAKULTI PERTANIAN
» AKADEMIK » Latihan Industri » Latarbelakang

Latarbelakang

Dalam dunia hari ini, para graduan perlu mempunyai kompetensi dan kemahiran pekerjaan untuk mereka berdaya saing di pasaran pekerjaan. Memiliki ijazah tinggi sahaja tidak menjamin pekerjaan seseorang.  Sebaliknya, para graduan harus mempunyai pengetahuan yang relevan dan terkini, pengalaman praktikal, kemahiran insaniah serta sikap yang positif untuk melengkapkan mereka sebelum berdepan cabaran dunia kerjaya sebenar. Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program latihan industri diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Latihan industri memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.


Penerangan oleh Penyelaras Program


Program Latihan Industri memerlukan setiap pelajar untuk menjalani pengalaman praktikal dengan industri, organisasi kerajaan dan institusi penyelidikan bagi melengkapkan kuliah rasmi dan kerja-kerja makmal. Program ini berlangsung selama dua puluh empat (24) minggu bagi setiap sesi akademik.

Di bawah program ini, pelajar akan dihantar kepada agensi-agensi kerajaan, badan-badan profesional, institusi penyelidikan serta syarikat-syarikat produk / perkhidmatan (dirujuk sebagai Pertubuhan) yang berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan pertanian yang utama sama ada dari dalam atau luar negara.


Kemaskini:: 02/02/2016 [hma]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566133293