Maklumat Am | FAKULTI PERTANIAN
» AKADEMIK » Latihan Industri » Maklumat Am

Maklumat Am

 



Program-program yang terlibat


  • Bacelor Sains Pertanian
  • Bacelor Sains Hortikultur
  • Bacelor Sains (Perniagaantani)
  • Bacelor (Pertanian) Akuakultur
  • Bacelor (Pertanian) Sains Ternakan

Tempoh Latihan

Pelajar diwajibkan untuk menjalani  Latihan Industri selama 24 minggu mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Fakulti.

Taklimat Latihan Industri

Bagi melancarkan proses penempatan Latihan Industri, sesi taklimat Latihan Industri akan diadakan sebanyak dua (2) kali sebelum pelajar menjalani latihan di agensi yang berkenaan. Tarikh perjumpaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh pihak fakulti kepada para pelajar.

Prosedur Permohonan Latihan Industri

  1. Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan yang akan diedarkan semasa sesi taklimat pertama diadakan.
  2. Pelajar bebas untuk memilih mana-mana agensi yang diminati sama ada dari dalam atau luar Negara.  Namun begitu, pelajar hanya dibenarkan untuk memilih hanya satu (1) sahaja agensi yang paling diminati untuk menjalani Latihan Industri pada satu-satu masa.
  3. Borang yang telah lengkap diisi perlu mendapatkan pengesahan dari setiap Penyelaras Program sebelum dihantar kepada Penolong Penyelaras.
  4. Segala maklum balas daripada majikan akan dimaklumkan kepada setiap pelajar dari masa ke semasa
  5. Pertukaran penempatan Latihan Industi adalah tidak dibenarkan sama sekali, kecuali  jika pihak agensi yang dipohon menolak permohonan yang dibuat.
  6. Pelajar digalakkan untuk menyertai kami di facebook bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai Latihan Industri
 Permohonan atas talian  

 Sertai kami di facebook  

 Senarai Agensi dan Dokumen Berkaitan

 

 

Kemaskini:: 26/09/2017 [fahezah_nor]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566133865