Mobiliti Outbound | FAKULTI PERTANIAN
» AKADEMIK » Mobiliti & Pertukaran Pelajar » Mobiliti Outbound

Mobiliti Outbound

APAKAH OUTBOUND?

Setiap tahun, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk bilangan pelajar UPM menjalani program mobiliti akan ditentukan oleh Pengurusan Universiti yang akan dipenuhi oleh setiap fakulti dan institut. Jawatankuasa Mobiliti Pelajar yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dibentuk untuk melihat polisi mobiliti pelajar.

 

Setiap tahun, sejumlah dana diperuntukkan oleh UPM untuk memudahkan pergerakan pelajar menyertai program mobiliti. Di samping itu pembiayaan untuk aktiviti-aktiviti ini diperolehi melalui proses pembidaan dari penaja seperti Program Pelajar Mobiliti Pelajar Antarabangsa ASEAN (AIMS), Program Seminar Pascasiswazah Malaysia-Thailand dan Program Erasmus Mundus.

 

KATEGORI PROGRAM MOBILTI

  1. Jangka masa pendek: 14 -30 hari
  2. Jangka masa panjang: 1 - 2 semester

*Pelajar diingatkan bahawa bantuan kewangan hanya akan diberikan kepada program yang menepati kriteria seperti kategori di atas sahaja. Bagi program yang kurang daripada 14 hari tidak akan mendapat bantuan kewangan. 

SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI PROGRAM MOBILITI?

 

Jawatankuasa Mobiliti Pelajar yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah menetapkan kriteria untuk pelajar UPM yang berminat untuk menyertai program mobiliti.

  1. Pelajar tempatan program bachelor (prasiswazah) yang berada dalam semester dua (2) hingga semester tujuh (7) sahaja.
  2. Pelajar tempatan dan antarabangsa program pascasiswazah (Master & PhD) yang berada dalam semester dua (2) hingga satu (1) semester sebelum tamat pengajian sahaja.
  3. Prestasi akademik yang baik (PNGK 3.0 dan ke atas).
  4. Aktif dalam ko-kurikulum.
  5. Bersemangat untuk menghadapi cabaran baru.
  6. Bersedia menjadi duta UPM di luar negara.
  7. Bersedia untuk berkongsi pengalaman menjalani program mobilti selepas kembali ke UPM.

 SEPULUH (10) SEBAB MENYERTAI PROGRAM MOBILITI.

  1. Terlibat dalam suasana pembelajaran global.
  2. Menambahkan kepelbagaian subjek yang dipelajari didalam ijazah anda.
  3. Peluang untuk menimba ilmu dari pengajar bertaraf antarabangsa.
  4. Meneroka/melihat dunia.
  5. Meluaskan budaya dan sosial anda.
  6. Berkenalan dengan rakan baharu dari seluruh dunia.
  7. Meningkatkan prospek kerjaya anda (nilai tambah kepada resume anda).
  8. Belajar bahasa baru.
  9. Rangkaian antarabangsa (komunikasi aktif)
  10. Cabaran kepada anda disamping mengasah bakat baharu.

Kemaskini:: 28/05/2018 [fahezah_nor]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566133116