Master Pengurusan Sumber Tanah | FAKULTI PERTANIAN
» AKADEMIK » Pasca-Siswazah » Master Pengurusan Sumber Tanah

Master Pengurusan Sumber Tanah

Pengurusan Tanah yang Lestari adalah perlu memandangkan sumber tanah yang terhad untuk pengeluaran makanan dan trend yang meningkat ke arah pembangunan bandar. Kemusnahan tanah dan bekalan sumber air yang terhad memburukkan lagi keadaan.Tanah adalah sumber berharga yang perlu dipelihara dan dilindungi untuk kebaikan bersama di masa hadapan.

 Syarat Kemasukan

Calon mesti mempunyai:

  1. Ijazah Sarjana Muda (minimum CGPA : 2.25) yang dalam bidang berkaitan dengan    pengurusan sumber tanah atau 
  2. Ijazah Sarjana  Muda dalam bidang lain yang berkaitan dengan  3 tahun pengalaman bekerja dalam Pengurusan Tanah atau Pentadbiran Tanah

 
Struktur Program

Perundangan Tanah dan Pentadbiran Tanah di Malaysia (SST5002, 3 Kredit)
Kursus ini merangkumi pelbagai perundangan dan akta tanah serta hubungannya dengan pentadbiran dan pengurusan tanah dalam kerangka pembangunan ekonomi di Malaysia.

Penilaian Tanah (SST5201, 3 Kredit)
Kursus ini merangkumi konsep asas dan prinsip-prinsip mengenai penilaian tanah; rangka kerja FAO mengenai penilaian tanah dan kaedah pengelasan tanah bukan FAO; sumber data dan prosedur mengenai penilaian tanah untuk penggunaan tanah yang berbeza.

Pemuliharaan Tanah Dan Air (SST5301, 3 Kredit)
Kursus ini merangkumi aspek pengurusan, perundangan dan ekonomi pemuliharaan tanah. Pemuliharaan biodiversiti, bencana alam dan perubahan iklim dibincangkan.

Pemalaan Dan Pencemaran Tanah (SST5801, 3 Kredit)
Kursus ini merangkumi topik kesan perindustrian, urbanisasi dan aktiviti pertanian ke atas pencuraian alam sekitar; penghasilan sisa buangan, rawatan dan pelupusan; peraturan alam sekitar, penilaian risiko dan piawaian kualiti air dan udara; dan pengurusan sisa buangan.

Pembangunan Tanah Dan Alam Sekitar (EMG5505, 3 Kredit)
Kursus ini merangkumi konsep pembangunan tanah dan bandar, jenis projek pembangunan, proses penukaran tanah pertanian dan hutan kepada pembangunan bandar, tapak pelupusan sisa dan industri.  Kualiti tanah, pengurusan alam sekitar, penurunan kualiti alam sekitar, membaikpulih tanah tercemar dan penilaian kesan alam sekitar dibincangkan

Pembangunan Tanah Lestari (SST5601, 3 Kredit)
Kursus ini merangkumi konsep dan prinsip pembangunan tanah lestari, kesannya kepada bajet air dan unsur, dan peranan pemegangtaruh, kerajaan dan komuniti dalam pembangunan tanah lestari.

Perancangan Dan Pengurusan Guna Tanah (SST5602, 3 Kredit)
Kursus ini merangkumi pelbagai proses pembangunan guna tanah secara lestari, pengurusan pelbagai sistem pembangunan tanah dan kesan penggunaan tanah kepada sosio-ekonomi dan alam sekitar.

Ekonomi Dan Penilaian Tanah (EPT5502, 4 Kredit)
Kursus ini merangkumi teori dan konsep asas ekonomi tanah, serta aplikasinya terhadap penilaian perancangan dan pembangunan sumber tanah yang lestari. Masalah terkini berkaitan dengan kekangan utama kepada pengurusan sumber tanah dan dasar kerajaan mengenai pemuliharaan dan pengurusan sumber tanah dibincangkan.

Dasar Sumber Asli (FHU5206, 3 Kredit)
Kursus ini merangkumi jenis dan ciri sumber asli; pernaan kerajaan sebagai pemilik dan pengawal pengurusan sumber asli dengan memberi tumpuan kepada alat dasar pengurusan sumber asli.  Penilaian dasar untuk menangani isu pengurusan dan pembangunan sumber asli terpilih.

Projek (SST5901, 6 Kredit)
Kursus ini merangkumi sorotan bahan rujukan, lawatan tapak, pengumpulan data dan analisis, penafsiran keputusan, penilaian kritis dan perbincangan  dan kesimpulan penyelidikan projek meliputi konsep dan isu utama pengurusan sumber tanah dan pembangunan bandar di  negara maju dan negara membangun. Pada penghujung semester, pelajar perlu menyerahkan laporan bertulis.

 
Yuran Pengajian

Pelajar Tempatan

Semester

Program Pengajian

Master Pengurusan Sumber Tanah

Pertama

1,250.00

Kedua dan seterusnya

1,000.00

Bayaran tambahan per kredit

625.00

2 Tahun

29,250.00

3 Tahun

31,250.00

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelajar Antarabangsa

Semester

Program Pengajian

Master Pengurusan Sumber Tanah

Pertama

2,300.00

Kedua dan seterusnya

2,050.00

Bayaran tambahan per kredit

700.00

2 Tahun

36,450.00

3 Tahun

40,550.00


Hubungi Kami

Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi
Dekan Fakulti Pertanian
Email : dean.agri@upm.my
Tel : +603-9769 4802
Faks : +603-8940 8046

Dr. Roslan Ismail
Penyelaras, Program Master Pengurusan Sumber Tanah (LARM)
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel : +603-9769 4957
Fax : +603-8940 8316
Email : roslanismail@upm.edu.my

 

 

 

 

Kemaskini:: 18/03/2019 [amirahhani]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566133632