Pelajar Fakulti Pertanian Memenangi Award Pembentang Terbaik AWESF 2013 | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Pelajar Fakulti Pertanian Memenangi Award Pembentang Terbaik AWESF 2013

Pelajar Fakulti Pertanian Memenangi Award Pembentang Terbaik AWESF 2013



Serdang-
Pelajar Universiti Putra malaysia (UPM) Marina Roseli memenangi anugerah  Pembentang Terbaik dalam ‘Asia Women Eco-Science Forum 2013’ (AWESF 2013) dengan tajuk pembentangan ‘Bodiversity and Sustainable Development in Malaysia’

Pelajar Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian itu mewakili Malaysia dalam forum kali kedua khusus diadakan untuk saintis wanita Asia pada 12 hingga 14 November lalu di Hoam Hoam Faculty House, Seoul National University, Republic of Korea.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nur Azura Adam dan ahli-ahlinya selain Marina iaitu Salmah Mohamed(pelajar PhD), Nur Athiqah Md Yusof dan Raja Nurul Nadia Raja Alang (pelajar MSc).

Dr. Nur Azura mengulas kemenangan Marina disebabkan oleh faktor kerjasama yang jitu diberikan oleh setiap ahli kumpulan bagi memastikan hasil pembentangan adalah yang terbaik di mana ia membawa imej Malaysia sebagai salah sebuah negara dengan kepelbagaian biologi yang tinggi.

“Saya berpendapat peluang pendedahan di peringkat antarabangsa sebegini perlu digarap sepenuhnya oleh pelajar kita dan kemenangan ini menunjukkan bahawa pelajar kita, dengan tunjukajar yang konsisten dari kalangan pensyarah, mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” kata Dr Nur Azura.

 

Forum itu membincangkan isu-isu semasa berkaitan kepelbagaian biologi seperti meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara kepelbagaian spesis flora dan fauna terutama di negara-negara Asia.

 

Forum bertemakan Biodiversity and Sustainable Development telah dianjurkan bersama oleh Korea Federation of Women’s Science and Technology Associations (KOFWST) dan AMOREPASIFIC Corporation dan ditaja oleh Ministry of Environment (Republic of Korea), Samsung UHD TV dan KBS Media.

 

Seramai 200 peserta dari 9 buah negara Asia iaitu Malaysia, Jepun, Filipina, Taiwan, Indonesia, China, Taiwan, Singapura dan tuan rumah menyertai forum itu.

 

Proses pemilihan wakil bagi setiap negara bermula seawal bulan September dan kumpulan dari Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia dipilih mewakili Malaysia di mana pihak penganjur telah menaja sepenuhnya tiket penerbangan dan juga penginapan sepanjang forum diadakan.

 

Forum ini telah memberi peluang kepada para peserta dalam kalangan saintis wanita senior dan muda Asia untuk meningkatkan hubungan jaringan antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi terutama dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepentingan memelihara kemampanan sumber kepelbagaian biologi bagi kelestarian generasi akan datang.

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | afeeq

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
C1575849569