Pelancaran Produk Fakulti Pertanian, SAPPUTRA Nanoemulsi | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Pelancaran Produk Fakulti Pertanian, SAPPUTRA Nanoemulsi

Pelancaran Produk Fakulti Pertanian, SAPPUTRA Nanoemulsi

 

Pelancaran Produk Fakulti Pertanian, SAPPUTRA Nanoemulsi oleh YB Dato' Haji Salahuddin bin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Turut diadakan pertukaran dokumen perjanjian perlesenan (MoA) di antara UPM dan AMCO Niaga Sdn. Bhd. bagi menghargai kerjasama pengkomersialan di antara pihak syarikat dengan universiti.

Sapputra adalah hasil penyelidikan Prof Dr Rita Muhammad Awang dan Dr Anis Syahirah Mokhtar dari Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian.

SAPPUTRA Nanoemulsion merupakan produk pertanian bagi kawalan serangan siput gondang Pomacea spp (Apple Snail) yang sering menyerang tanaman padi yang boleh mengakibatkan pengeluaran hasil padi negara terjejas. Produk ini berfungsi sebagai formulasi anti pemakanan (anti-feedant) kepada siput gondang.

YB Dato' Haji Salahuddin bin Ayub dengan diiringi oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM juga sempat melawat ke pameran penyelidikan dan inovasi Fakulti Pertanian yang turut diadakan bersempena pelancaran Produk SAPPUTRA Nanoemulsi dan Pesta Konvokesyen UPM ke-42.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 04/12/2018 | Kemaskini: 04/12/2018 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEUXAL~