Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar Merasmikan Sudut Bacaan Falah Al-Fallah | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar Merasmikan Sudut Bacaan Falah Al-Fallah

Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar Merasmikan Sudut Bacaan Falah Al-Fallah

Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar Merasmikan Sudut Bacaan Falah Al-Fallah

Serdang, 9 September 2022 - Majlis perasmian sudut bacaan Falah Al-Fallah telah berlangsung pada 9 September 2022 bersamaan 13 Safar 1444H yang disempurnakan oleh Ybhg. Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara. Turut merasmikan sudut bacaan Fakulti Pertanian ini ialah Prof. Madya Ts. Dr. Nur Azura Adam selaku Dekan Fakulti Pertanian.

Sudut bacaan Falah Al-Fallah yang bertempat di ruang menunggu pejabat pentadbiran fakulti ini menyajikan bahan bacaan pelbagai kategori untuk tatapan para tetamu. Sudut ini telah didekorasi dengan sangat menarik bersesuaian dengan suasana tenang bagi menaikkan mood membaca.

Terdapat juga bahan bacaan secara maya atau Audiobook yang menggunakan kod QR untuk didengarkan bagi kemudahan pengguna menambah input sambil melaksakan tugasan harian.

Sudut Falah Al-Fallah turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang oleh ahli jawatankuasa dan akan dijalankan dari semasa ke semasa. Justeru seluruh warga Fakulti Pertanian digalakkan untuk berkunjung ke sudut bacaan ini dan menyertai aktiviti tersebut.

Semoga sudut bacaan ini dapat memberikan manfaat yang berkesan buat para pengunjung.

Tarikh Input: 13/09/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXDdCAA~