UPM KONGSI KEPAKARAN BANTERAS WABAK DENGGI KEPADA KOMUNITI MENERUSI UNIVERSITY FOR SOCIETY | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » UPM KONGSI KEPAKARAN BANTERAS WABAK DENGGI KEPADA KOMUNITI MENERUSI UNIVERSITY FOR SOCIETY

UPM KONGSI KEPAKARAN BANTERAS WABAK DENGGI KEPADA KOMUNITI MENERUSI UNIVERSITY FOR SOCIETY

Kuala Lumpur, 30 Jan 2023 - Menyedari masalah pembiakan nyamuk aedes yang aktif di kawasan kediaman, sebanyak tiga buah universiti telah mengambil inisiatif menganjurkan program membantu komuniti untuk berkongsi kepakaran menyelesaikan masalah tersebut.

Gabungan tiga universiti yang dikenali sebagai University For Society (U4S) itu melibatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian UPM, Dr. Juju Nakasha Jaafar berkata, kewujudan kebun kominiti adalah salah satu kaedah bagi membanteras denggi yang mana dapat menjaga kebersihan kawasan sekitar.

Katanya, pelanacaran kebun komuniti dalam program tersebut merupakan hasil daripada pemindahan ilmu pihak UPM kepada komuniti.

"Selain itu, ia juga dapat mengurangkan pembelian hasil pertanian di luar dan menyatukan ahli komuniti menerusi aktiviti pertanian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Karnival Banteras Aedes Semudah 123 yang berlangsung di Padang Prima Saunjana, Kajang, Selangor itu dihadiri seramai 500 penduduk setempat.

Selain pameran,pelbagai aktiviti dijalankan, termasuk kuiz denggi, aktiviti mencari jentik-jentik dan pertandingan mewarna memberi fokus membanteras penularan aedes.

Dalam pada itu, menurut Prof. Dr. Hidayatulfathi Othman dari UKM, aktiviti membanteras penularan denggi di kawasan kediaman perlu dilaksanakan setiap individu terbabit.

Katanya, pihaknya bersama-sama dengan persatuan penduduk telah mewujudkan skuad Program Skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) bagi bersama-sama bertindak untuk memerangi aedes di kawasan komuniti.

"Kaedah mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk, serta program kesedaran tentang bahaya denggi ini turut disampaikan kepada komuniti menerusi pemindahan ilmu yang dilaksanakan oleh kumpulan pakar UKM,"- DagangNews.com

 

Kredit kepada penulis asal:

Zulfadli Sharifudin

mohdzulfadli@dagangnews.com

Tarikh Input: 01/02/2023 | Kemaskini: 01/02/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXDdQAs~