Kursus Pengecaman Nematod Parasit Tumbuhan | FACULTY OF AGRICULTURE 127
» DEPARTMENT » Department of Plant Protection » Kursus Pengecaman Nematod Parasit Tumbuhan

Kursus Pengecaman Nematod Parasit Tumbuhan

🧬 Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Kursus Pengecaman Nematod Parasit Tumbuhan pada 24 hingga 25 September 2025.

Dengan segala hormatnya, pihak Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) ingin menjemput YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai Kursus Pengecaman Nematod Parasit Tumbuhan yang akan berlangsung pada 24 hingga 25 September 2025 bertempat di Fakulti Pertanian, UPM.

Kursus intensif selama dua hari ini direka khas untuk pelajar, penyelidik, pegawai industri dan profesional yang ingin memperkukuhkan kefahaman dan kemahiran dalam diagnosis nematod melalui kaedah teori dan amali. Kursus ini amat sesuai bagi mereka yang terlibat dalam perlindungan tanaman, kesihatan tanah, pengurusan perosak serta bidang agronomi.

🔍 Tentatif Kursus:
✅ Pengenalan kepada biologi dan taksonomi nematod

✅ Teknik pensampelan lapangan dan pengekstrakan nematod

✅ Pengecaman nematod dan penggunaan kunci diagnostik

👨‍🏫 Penceramah:
Dr. Nursyafiqi Bin Zainuddin
Pensyarah Kanan, Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, UPM

📍 Lokasi:
Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia

💰 Yuran Penyertaan:

Pelajar: RM350

Staf UPM: RM500

Peserta Luar: RM600

🎉 Diskaun Pendaftaran Awal: 10% bagi pendaftaran sebelum 31 Ogos 2025!

🚨 Tempat Terhad: Hanya 30 peserta akan diterima bagi memastikan kualiti pengajaran yang optimum.

📩 Daftar Sekarang: https://forms.gle/QazX8WS69py6nmup7

📧 Hubungi Kami: nematodeidupm@gmail.com

Updated:: 17/07/2025 [wazien]

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
X, (01:16:08am-01:21:08am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]