Kemajuan Dan Pencapaian | FAKULTI PERTANIAN
» JABATAN » Unit Inkubasi Usahawantani » Kemajuan dan Pencapaian

Kemajuan dan Pencapaian

KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara FAMA dan UPM pada 15 Julai 2012. Majlis ini disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengerusi dan pegawai kanan FAMA, Naib Canselor dan pegawai kanan UPM.

Program Inkubasi Usahawantani ini telah diakui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai satu kesinambungan kepada program Kelab MYAGROSIS. Menerusi kerjasama ini bermakna semua ahli kelab MYAGROSIS daripada semua IPTA anjuran Kementerian Pertanian adalah dikehendaki mengikuti Program Inkubasi Usahawantani sebelum mereka memulakan perniagaan mereka terutamanya yang berkaitan dengan pertanian.

Semua peserta tahun 2012 telah diberikan kad keahlian Kelab MYAGROSIS bagi melayakkan mereka untuk mendapatkan pinjaman mudah kali pertama menerusi laluan hijau dari AgroBank atau TEKUN.

Syarikat Gemilang Agrobiz yang telah ditubuhkan secara perkongsian oleh tiga peserta Program Inkubasi Usahawantani 2012 telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah ‘Best Student Enterprise Award 2012’ yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 5 Disember 2012 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Hadiah berupa piala dan wang tunai berjumlah RM20,000.00.

 


Kemaskini:: 01/04/2013 [hma]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566133412