Objektif Program | FAKULTI PERTANIAN
» JABATAN » Unit Inkubasi Usahawantani » Objektif Program

Objektif Program

OBJEKTIF PROGRAM  

Objektif program ini adalah untuk melahirkan usahawantani yang cemerlang dan berwibawa yang bersedia untuk melaksanakan projek pertanian. Secara khususnya objektif program ini adalah:-

  1. Melahirkan graduan yang mempunyai atribut keusahawan pertanian yang berkaitan dengan bidang pertanian merangkumi aspek pengeluaran, pemprosesan dan perniagaantani; 
  2. Mengadakan pakatan strategik dengan sektor awam dan swasta bagi melahirkan  usahawantani yang berjaya; 
  3. Menjadi penghubung bagi penempatan graduan UPM berkaitan pertanian untuk mengikuti latihan usahawan di institusi dalam dan luar negara; dan 
  4. UPM akan menjadi pusat rujukan sehenti (one stop referral centre) berkaitan dengan pembangunan usahawantani.

Matlamat utama program ini juga adalah selaras dengan Matlamat ke-4 dalam Pelan Strategik UPM 2011- 2013 yang telah dilancarkan pada akhir tahun 2011. Matlamat ke-4 Pelan Strategik tersebut adalah untuk memperkasakan UPM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan pertanian dan biosumber tropika. Objektif secara khususnya adalah untuk:- 

  1. Meningkatkan bilangan graduan yang menjalani Program Inkubasi Usahawantani; 
  2. Menambah bilangan teknologi lestari berimpak tinggi; dan 
  3. Menjadikan UPM sebagai pusat rujukan utama oleh komuniti pertanian.

 

 


Kemaskini:: 28/03/2013 [nitty]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566133689