Program Tanaman Pokok-Pokok Nadir
Program ini telah diadakan dalam 2 peringkat iaitu peringkat ke-1 bersama guru-guru (19 Julai 2018) dan peringkat ke-2 bersama para pelajar. Program ini mendapat bimbingan kepakaran dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pada 19 Julai 2018, Program Fasilitator Bersama guru-guru (Projek Sg.Bunus) telah dianjurkan untuk memberi kefahaman dan tunjur ajar kepada guru-guru bagaimana untuk menanam pokok dengan betul. Ilmu dan tunjuk ajar seterusnya akan dipraktikkan semasa hari penanaman pokok bersama para pelajar iaitu pada 26 Julai 2018
Program dimulakan dengan ceramah dan demo penanaman pokok oleh tenaga pakar daripada Fakulti Pertanian, UPM (Dr.Suhaizi, En. Amir dan Pn. Athirah)
Aktiviti semasa program berlangsung:
![]() |
![]() |
![]() |
Praktikal tanaman pokok nadir diaplikasikan sendiri oleh setiap cikgu yang mengikuti program ini sambal dipantau oleh tenaga pakar dari UPM
Tamat Program Penanaman Pokok-pokok Nadir
![]() |
![]() |
Kanan: Salah seorang peserta hampir selesai menanam pokok
Kiri: Pokok yang telah selesai ditanam mengikut cara yang betul
Selesai program dengan jayanya, para peserta bergambar bersama pokok yang sudah ditanam oleh mereka
Kemaskini:: 05/10/2018 [amirtaufiq]
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA